window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Feri ikonik Pulau Pinang akan diubahsuai jadi restoran dan muzium terapung!

Mersita · Jun 23, 2021 02:00 PM

Feri ikonik Pulau Pinang akan diubahsuai jadi restoran dan muzium terapung! 01

Setelah dihentikan perkhidmatannya untuk kenderaan empat roda pada 1 Januari 2021 lalu, lima buah feri ikonik Pulau Pinang akan diubahsuai menjadi tarikan pelancong – sejajar dengan pelan Kerajaan Persekutuan bagi fasa pemodenan feri berkenaan yang akan dibuat secara berperingkat sehingga tahun 2022.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Tan Teik Cheng berkata pihaknya membuka tender Permintaan Untuk Cadangan (RFP) berhubung perkara itu bermula 29 Januari hingga 18 Mac lalu.

Feri ikonik Pulau Pinang akan diubahsuai jadi restoran dan muzium terapung! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Syarikat berkelayakan untuk mengubahsuai dan mengendalikan feri terlibat telahpun diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah SPPP dan kelima-lima feri berkenaan akan diserahkan kepada syarikat terpilih mulai 1 Julai nanti.

"Syarikat-syarikat berkelayakan ini akan mengubahsuai sebuah feri ikonik kepada muzium terapung, dua buah feri untuk pelancongan dan dua buah lagi sebagai restoran terapung," kata Teik Cheng.

Feri ikonik Pulau Pinang akan diubahsuai jadi restoran dan muzium terapung! 01

Beliau menambah syarikat-syarikat yang berkelayakan akan diberi tempoh 3 – 6 bulan untuk membaiki dan mengubahsuai feri-feri ikonik berkenaan sebelum ia mula beroperasi.

Beliau percaya feri-feri ini akan menjadi satu produk pelancongan penting di Pulau Pinang, seterusnya menjana ekonomi tempatan.

Feri ikonik Pulau Pinang akan diubahsuai jadi restoran dan muzium terapung! 02

Mungkin boleh ambil inspirasi daripada Sydney Harbour Dinner Cruise yang popular di Australia. Gambar: Australian Cruise Group

Selain dari itu, SPPP akan menempatkan dua buah feri sedia ada di Tanjung City Marina bagi mengekalkan nilai sejarah dan elemen ikonik Pulau Pinang.

Sejak feri lama Pulau Pinang dihadkan operasinya pada awal tahun ini, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) telah menyediakan dua bot penumpang laju untuk mengangkut penumpang. Feri milik Prasarana pula akan digunapakai untuk mengangkut kenderaan dua roda dalam usaha membantu proses peralihan ke kapal baharu.

Baca juga: Feri Pulau Pinang ‘diserang’ pemandu kereta, ambil peluang kali terakhir. Feri baru akan tiba?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda