Kurang dari dua tahun setelah kehilangan hak untuk mengedar kenderaan Nissan yang diimport ke Vietnam, Tan Chong Motor Holdings (TCMH) nampaknya bakal kehilangan hak pengedaran kenderaan Nissan yang dipasang tempatan juga.
Nissan di bawah edaran Tan Chong Vietnam diedarkan melalui dua syarikat berkaitan. Yang pertama adalah ETCM (V) Pte Ltd yang menjalankan perniagaan import kenderaan Nissan dari Thailand iaitu Nissan Navara dan Nissan Terra. Perjanjian ini akan berakhir pada bulan September tahun ini.
Sementara itu, syarikat kedua adalah TCIE Vietnam Pte Ltd (TCIEV) yang mengendalikan pengedaran model Nissan pasangan tempatan di Vietnam seperti Almera (dijual sebagai Sunny di Vietnam) dan X-Trail.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, TCMH mengumumkan bahawa perjanjian TCIEV dengan Nissan Motor tidak akan diperbaharui dan akan berakhir pada bulan September tahun ini.
"Walaupun begitu, perjanjian bantuan teknikal bertarikh 30 Mei 2012 dilaksanakan antara TCIEV dan NML untuk pemberian bantuan teknikal kepada TCIEV oleh NML untuk pemasangan model Nissan CKD akan terus disambung," kata Tan Chong.
"TCIEV dan NML masih dalam diskusi terbuka mengenai kesinambungan dan saluran pengedaran alternatif untuk Model Nissan CKD di Vietnam," tambahnya.
Nissan belum mengumumkan siapa yang akan mengambil alih perniagaan di Vietnam tetapi kami harap ia tidak diambil alih oleh Nissan sendiri. Nissan telah membuktikan bahawa mereka sangat tidak cekap dalam menguruskan perniagaannya sendiri di Asia Tenggara.
Mungkin ini sukar dipercayai tetapi Edaran Tan Chong sebenarnya adalah pengedar Nissan terbaik di rantau ini. Namun begitu, kalau Nissan sendiri menawarkan produk yang kurang menarik, pengedar terbaik pun tidak mampu melakukan apa-apa.
Nissan semenjak itu telah pun menarik diri dari Indonesia dan sangat lemah di Thailand. Malaysia (Edaran Tan Chong Motor) dan Filipina (Nissan Filipina milik penuh) adalah dua tempat yang masih mempunyai sinar harapan.
Masih adakah peminat Nissan di rantau ini? Adakah Nissan seharusnya mengalah dalam saingan perniagaan kereta yang sangat kejam? Baca artikel kami mengenai kejatuhan Nissan dari puncak kejayaan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}