Satu lagi perkhabaran mengujakan buat peminat kapcai tempatan diperoleh apabila syarikat pengeluar motosikal nasional, Modenas mengesahkan akan menyertai segmen 'super moped'.
Begitupun, ia bukanlah projek yang satu ketika dulu pernah menghangatkan arena automotif dua roda negara satu ketika dulu sebaliknya projek berlainan.
Tidak lagi berselindung, perkara itu disuarakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan dalam satu sesi soal jawab ketika sesi Lawatan Media ke Kilang Modenas di Gurun, Kedah, semalam.
"Jika bercakap mengenai projek (Super Cub) pada sekitar 2011, ia memang sudah tiada lagi. Ini adalah projek yang berlainan," kata Roslan.
Mengulas lanjut, Roslan berkata projek berkenaan bakal mendapat 'sentuhan' daripada rakan kongsi strategiknya, Kawasaki.
"Ketika ini Kawasaki tidak akan turut serta dalam enjin berkapasiti rendah kerana fokus mereka adalah kepada 'big bike'.
"Tetapi, apabila Kawasaki mempunyai ekuiti di Modenas, mereka akan menyumbang dari sudut kepakaran teknikal, rekaan untuk produk yang Modenas ada dalam segmen bersesaran kecil.
"Kehadiran dua 'orang kuat' (Pengurus Perancangan Produk Seksyen 2 Kawasaki Heavy Industries (KHI), Keiichi Morohara dan Ketua Pereka Produk Kawasaki, Keishi Fukumoto Kawasaki) sebelum ini juga adalah untuk mereka memahami pasaran di Malaysia seterusnya memberi nasihat kepada pasukan R&D dan pemasaran Modenas.
"Jadi sekalipun mereka sudah mengubah fokus mereka, tetapi dalam perbincangan terbaharu kami, bukan mustahil (Super moped) untuk mereka kembali dan mengambil bahagian dalam segmen bersesaran kecil jika ada peluang untuk mengembangkan perniagaan bersama Modenas."
Roslan berkata, penting untuk 'survival' Modenas menyertai segmen 'Super moped' yang sememangnya cukup hangat di Malaysia.
"Untuk pasaran Malaysia, pasaran terbesar adalah dalam segmen 150 cc ke atas. Ketika ini Modenas belum ada kapcai dalam segmen ini jadi kami dalam proses untuk menghasilkan model ini bersama rakan kongsi kami. Tunggu pengumuman daripada kami," katanya.
Juga baca: Spyshot: Tambah teruja, 'Super Moped' Modenas teruskan ujian di Changlun!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}