Jenama Haval mungkin tidak asing lagi bagi sesetengah daripada kita di Malaysia. Malah, model SUV Haval H6 pernah diprebiu secara dekat dan peribadi oleh kami lebih setahun yang lalu. Selepas daripada itu, GWM Malaysia terus menyepikan dirinya.
Tiba ke Jun 2022 dan nampaknya tugas-tugas pandu uji sedang dijalankan untuk penampilan sulung Haval H6 2022 bagi pasaran tempatan. SUV segmen C itu telah dikesan berkeliaran di jalanan, melalui hantaran Facebook Junhairi Alyasa di pautan ini.
Baca: J.D. Power: Kualiti jenama kereta China kian rapat atau setanding dengan jenama antarabangsa!
Walaupun dengan samaran yang sarat, agak jelas bahawa ini adalah Haval H6, seperti dibuktikan daripada lampu ekor dan pemantul belakang yang dikenali. Bahagian bawah bampar belakang juga adalah sama dengan Haval H6.
Lebih menguatkan hujah tersebut adalah nombor plat dagangan P1249A yang dipakai oleh SUV ini juga pernah dilihat pada Ora Good Cat, mengukuhkan lagi tanggapan bahawa SUV itu didaftarkan di bawah GWM Malaysia.
Apa yang masih belum dapat dilihat adalah pilihan rangkaian kuasa yang akan digunakan oleh Haval H6 2022 pasaran Malaysia.
Bergantung kepada pasaran, Haval H6 dikuasakan oleh enjin 4-silinder 1.5 liter pengecas turbo (169 PS, 280 Nm) atau 4-silinder 2.0 liter pengecas turbo (204 PS, 320 Nm).
Baca: Siapa kata kereta dari China tak selamat? Haval H6 dapat skor 5 bintang daripada ANCAP!
Sementara itu, Haval H6 Hybrid di pasaran Thailand mendapat pilihan eksklusif rangkaian kuasa enjin 1.5 liter turbo petrol yang dipadankan dengan motor elektrik, membolehkan output sistem keseluruhan 243 PS dan 530 Nm.
Mana lagi pengeluar yang nak tawarkan SUV segmen C dengan rekaan eksekutif selain pengeluar China?
Baca: Perbandingan Teknologi: Awal-awal kena 'tapau', mengapa Proton X70 tak boleh lawan Haval H6!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}