Oleh hal yang demikian bengkel-bengkel di Vietnam telah mendapat idea dan mencari jalan untuk melengkapi sebuah Mitsubishi Xpander dengan brek tangan elektronik (EPB). Hasilnya juga agak mengagumkan.
Konsol tengah yang besar dan rata sememangnya memberikan sentuhan yang lebih mewah dan premium. Namun begitu, modifikasi ini dilihat lebih sesuai pada model Mitsubishi Xpander automatik dan bukannya manual. Bengkel-bengkel itu juga turut melengkapkan fungsi tekan pedal untuk bergerak tanpa perlu menekan suis EPB. Menarik bukan?
Menurut pemilik bengkel, brek tangan elektronik ini bukan hanya sesuai untuk Mitsubishi Xpander tetapi juga boleh dipasang pada kebanyakan kereta popular lain di pasaran seperti Toyota Vios, Hyundai Accent, Mazda 3.
Di Malaysia, Mitsubishi Xpander akan hadir pada hujung tahun 2020. Hadir dengan rekaan garang Dynamic Shield, model ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat di Malaysia yang dahagakan pilihan MPV atau kenderaan 7 tempat duduk yang sangat kurang ditawarkan di Malaysia.
Sumber: Autopro
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}