Seorang lelaki di Keningau, Sabah, membiarkan kemarahan menguasai dirinya apabila dia disaman oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) justeru merempuh jentolaknya ke kenderaan rasmi JPJ yang dinaiki pegawai itu.
Kejadian dilaporkan berlaku di sepanjang Jalan Kepayan berhampiran Kampung Megatang. Pegawai penguat kuasa JPJ sedang membuat rondaan di kawasan itu apabila mereka terserempak dengan pemandu jentolak.
Berdasarkan siasatan, pihak penguatkuasa mendapati pemandu itu memandu jentolak tanpa lesen memandu Kelas F yang sesuai serta syarat untuk mengendalikan mesin berat itu.
Apabila saman dikeluarkan, pemandu itu melampiaskan kemarahannya kepada pegawai dengan memandu jentolaknya ke arah kenderaan JPJ sehingga terbalik.
Beberapa klip video kejadian itu yang kini tular menunjukkan pegawai JPJ cuba menenangkan lelaki tersebut tetapi tidak berjaya.
Tiada kecederaan yang dilaporkan namun kenderaan rasmi JPJ itu musnah sama sekali. Bukan sekadar denda RM 200, pemandu jentolak itu kini berdepan hukuman yang lebih besar.
Baca: Video: Kastam, PDRM & JPJ bantu tumpas lori ‘gila’ yang bawa arak tanpa cukai bernilai RM 1.8 juta
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}