window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Kastam, PDRM & JPJ bantu tumpas lori ‘gila’ yang bawa arak tanpa cukai bernilai RM 1.8 juta

Faisal · Apr 24, 2022 10:00 AM

Video: Kastam, PDRM & JPJ bantu tumpas lori ‘gila’ yang bawa arak tanpa cukai bernilai RM 1.8 juta 01

Petang Jumaat yang lalu di Johor Bahru, berlakunya satu insiden kejar-mengejar yang melibat pihak berkuasa dan sebuah lori putih yang mengangkut minuman keras tanpa cukai yang dianggarkan bernilai RM 1.8 juta.

Menurut laporan pegawai kastam Hise Saxo, lori tersebut bukan setakat membawa minuman keras secara haram, malah pemandu itu sendiri didapati membawa lebih muatan dan arak tersebut dikatakan mencecah 22,400 liter..

Video: Kastam, PDRM & JPJ bantu tumpas lori ‘gila’ yang bawa arak tanpa cukai bernilai RM 1.8 juta 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau diperhatikan pada rakaman kejadian, lori itu dilihat cuba melarikan diri selepas diekori sebuah kenderaan kastam. Yang tak tahannya, pemandu itu siap berhenti dan undur di tengah-tengah jalan untuk rempuh kereta penguatkuasa tersebut. Akibatnya, pihak berkuasa tersebut terpaksa melepaskan tembakan terhadap tayar lori berkenaan.

Menariknya, lori tersebut turut dibantu oleh 4 kenderaan tonto (tolong orang nak tipu orang) yang terdiri daripada Toyota Hilux (JUV 2323), sebuah Honda Civic baru yang berplat JTK 2323 dan dua lagi kereta yang dipercayai sebuah Toyota Camry dan Honda Accord.

Video: Kastam, PDRM & JPJ bantu tumpas lori ‘gila’ yang bawa arak tanpa cukai bernilai RM 1.8 juta 01

Apapun, dengan bantuan JPJ dan PDRM, lori itu berjaya ditumpas dan pemandu tersebut ditangkap serta-merta. Walau bagaimanapun, keempat-empat tonto itu gagal diberkas.

Video: Kastam, PDRM & JPJ bantu tumpas lori ‘gila’ yang bawa arak tanpa cukai bernilai RM 1.8 juta 02

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat di talian 017-2123370 atau ke mana-mana balai polis yang terdekat.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda