Setelah bertahun lamanya bergantung pada Proton Wira lama yang kerap rosak, model dan selebriti terkenal Haneesya Hanee baru sahaja menerima kereta pertamanya iaitu Proton X70 baharu yang dibelinya sebagai hadiah buat keluarganya.
Berita gembira ini dikongsikan di Instagram sebagai tanda ingatan pencapaiannya dalam industri hiburan dan keusahawanan, selain menceritakan perjalanan hidup keluarganya yang selama ini bergantung pada Proton Wira lama.
Menurutnya, banyak kenangan pahit manis tercipta dengan Wira milik keluarganya itu. Kereta lama itu masuk bengkel berpuluh kali dan seperti yang boleh dilihat dalam video di bawah, siling kabin kereta tersebut bocor sehingga air hujan terpaksa disambut dengan plastik sampah.
“Time panas cam duduk dlm sauna. Time hujan banjir satu kereta. Tapi sebab wira ni jugak lah aku dpt pergi kerja, hantar adik gi sekolah,” nukilnya di ruang kapsyen video itu.
Rancangan asalnya adalah untuk membeli Proton X50, namun dia tetap bersyukur dengan SUV baharu yang dibeli sebagai kereta pertamanya itu.
“Best part was i perhati family i dari jauh masing masing senyum sampai ke telinga especially mommy sebab mommy memang suka drive merata dh dia bawak kitaorg dpt tengok dia senyum lebar dari jauh ya allah menitik air mata aku,” katanya lagi.
Juga baca: Lori ‘makan jalan’ turun Bukit Fraser, Myvi dipandu Haneesya Hanee remuk sebelah
Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi dari netizen, yang rata-rata terharu dan bangga dengan pencapaian jelitawan itu. Menurut laporan terdahulu, difahamkan Haneesya sekadar meminjam kereta sepupunya untuk keluar bekerja.
“Ibu so proud of you. Dari umur 15 tahun lg you dah kerja sara adik² & mommy. And now penat lelah you berbaloi. Allah nampak usaha you. Allah tak tidur. I'm crying,” komen @khai_mia__l114.
“Tak menunjuk pun. You deserve to share your success,” komen rakan selebriti pula, Wani Kayrie.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}