window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lori ‘makan jalan’ turun Bukit Fraser, Myvi dipandu Haneesya Hanee remuk sebelah

Mersita · Oct 4, 2021 05:00 PM

Lori ‘makan jalan’ turun Bukit Fraser, Myvi dipandu Haneesya Hanee remuk sebelah 01

Aktres terkenal dan bekas Dewi Remaja, Haneesya Hani, terlibat dalam satu kemalangan di satu selekoh tajam dalam perjalanan menaiki Bukit Fraser, Pahang, pada Sabtu lalu dimana Perodua Myvi dipandunya bertembung dengan sebuah lori tiga tan.

Haneesya, atau nama penuhnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan (21), berkata ketika kemalangan berlaku, dia dan ibunya sedang dalam perjalanan ke satu set penggambaran di Bukit Fraser.

Lori ‘makan jalan’ turun Bukit Fraser, Myvi dipandu Haneesya Hanee remuk sebelah 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Myvi dipandunya bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan dan disebabkan oleh selekoh tajam, dia tidak sempat mengelak lori berkenaan yang dikatakan dipandu laju dan ‘makan jalan’. Myvi tersebut dilihat remuk di bahagian kanan kereta namun Haneesya dan ibunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lori ‘makan jalan’ turun Bukit Fraser, Myvi dipandu Haneesya Hanee remuk sebelah 01

“Kejadian berlaku ketika melalui satu selekoh tajam menuju ke Bukit Fraser. Siapa yang pernah melalui jalan untuk ke sana, tahulah keadaan jalannya bagaimana.

“Sampai di satu selekoh tajam, ada sebuah lori yang dipandu laju dan ‘makan jalan’. Bukan sikit, tapi masuk habis ke laluan bertentangan sebelum merempuh bahagian sisi kereta,” katanya dalam satu Instastory yang dimuatnaik olehnya.

Lori ‘makan jalan’ turun Bukit Fraser, Myvi dipandu Haneesya Hanee remuk sebelah 02

Aktres jelita berkulit hitam manis ini popular dengan wataknya sebagai Fariza dalam drama TV3 Cinta Roller Coaster

Tambahnya lagi, pemandu lori tersebut cuba untuk ‘pusing cerita’ ketika membuat laporan polis, namun pihak polis sedar kejadian serupa sememangnya kerap berlaku di kawasan itu akibat kecuaian pemandu lori yang seringkali memandu secara berbahaya.

Katanya, Myvi biru itu juga sebenarnya milik sepupunya. Namun, laporan polis sudahpun dibuat dan urusan kemalangan telahpun diberi kepada pihak insurans.

Sumber foto: Instagram @haneesyahanee

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda