Great Wall Motor (GWM) telah kembali ke Malaysia secara rasmi dan salah satu kereta pertama yang bakal dilancarkan datang daripada jenama anak syarikat kenderaan elektrik (EV) mereka, Ora, dengan model Ora Good Cat.
Malah, Ora Good Cat sudahpun dipamerkan untuk pembeli yang berminat sejak Mei 2022.
Baca juga: SAH: GWM akan memasuki Malaysia dengan Haval H6 & Jolion, tahun 2022 lebih banyak jenama China!
Ora Good Cat membuat debut pemanduan kanannya di Thailand tahun lepas. Model yang dipamerkan ini diimport daripada China. EV ini dikuasakan oleh motor elektrik magnet kekal yang terletak di hadapan, menghasilkan 145 PS dan 210 Nm.
Terdapat dua bateri yang ditawarkan, bermula dengan bateri 47.8 kWh dengan jarak 400 km manakala bateri 63.1 kWh yang lebih besar menambah 100 km, menjadikan jarak keseluruhan kepada 500 km. Anda boleh memandu Ora Good Cat dari KL ke Pulau Pinang tanpa sebarang masalah, siap ada ‘extra’ lagi.
Pengecasan AC standard mengambil masa lapan jam untuk mendapat angka 100%. Namun, dengan pengecasan DC, Good Cat mampu mengecas daripada 30 peratus kepada 80 peratus dalam masa 30 minit sahaja.
Sejak dilancarkan pada Oktober tahun lepas, GWM Thailand telah menghantar 1,700 unit kepada para pemilik dan terdapat senarai menunggu kira-kira 3,000 unit.
Baca juga: Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai
Dengan kembalinya jenama GWM secara rasmi di Malaysia, maka anda tidak perlu menunggu dengan lebih lama untuk pelancaran rasmi Good Cat di negara kita. GWM mahu mengambil kesempatan daripada pengecualian cukai penuh untuk EV yang diperkenalkan kerajaan Malaysia tahun lepas.
Baca juga: ORA Good Cat EV dipamerkan di KLCC, jarak 501 km, harga lebih kurang RM 130k
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}