Sijil Hak Memiliki Kenderaan di Singapura (COE) bagi Kategori Terbuka semalam mencecah rekod baru iaitu pada S$114,001 (~RM 364,890). Prestasi ini sekaligus memecahkan rekod S$110,524 (~RM 353,725) dalam bidaan lalu yang ditutup pada 6 Julai lepas.
Malah, Kategori Terbuka kali ini juga memotong rekod lepas yang diraih 28 tahun lalu (dahulu sebagai Kategori Keempat) yang mana ia mencapai S$110,500 (~RM 353,631), iaitu pada Disember 1994.
Juga baca: Kos miliki COE di Singapura kini cecah RM 349.5k, tertinggi dalam tempoh 28 tahun!
Untuk makluman anda, COE bagi Kategori Terbuka boleh diguna untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya untuk kereta besar.
Dalam masa yang sama, premium COE untuk kategori lain juga didapati meningkat.
Contohnya untuk Kategori A (kereta sehingga 1,600 cc & 130 PS), premiumnya ditutup pada S$78,899 (~RM 252,467) berbanding S$78,001 (~RM 249,625) dalam bidaan lalu,
Sementara itu, premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B meningkat kepada S$110,003 (~RM 352,041) daripada S$107,800 (~RM 344,991).
Untuk kenderaan komersial termasuk muatan dan bas pula, COE di sana meningkat kepada S$54,889 (~RM 175,660) berbanding S$54,011 (~RM 172,818) dalam bidaan sebelumnya.
Malah untuk motosikal juga, premiumnya ditutup pada S$10,910 (~RM 34,915), naik sedikit daripada S$10,889 (~RM 34,848) dalam bidaan lalu.
Secara keseluruhannya, harga COE berdasarkan beberapa bidaan sebelum ini menunjukkan trend yang meningkat. Untuk makluman anda, premium bagi Kategori B dan Kategori Terbuka juga tidak pernah-pernah menjangkaui S$100,000 (~RM 320,028), sampailah 8 Jun yang lepas.
Sumber: Mediacorp.sg
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}