window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kos miliki COE di Singapura kini cecah RM 349.5k, tertinggi dalam tempoh 28 tahun!

Khairil ยท Jul 10, 2022 08:00 PM

Kos miliki COE di Singapura kini cecah RM 349.5k, tertinggi dalam tempoh 28 tahun! 01

Semua tahu kos untuk memiliki kenderaan di Singapura cukup tinggi. Terbaharu, rekod baharu terus dicipta apabila harga untuk mendapatkan COE atau Sijil Pemilikan Kenderaan itu mencapai angka S$ 110,524 (RM 349,542).

 

Ia adalah rekod bidaan terkini yang diumumkan pada minggu ini dan harga yang dicatatkan itu adalah yang tertinggi dalam tempoh 28 tahun, menurut laporan mediacorp.sg.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kos miliki COE di Singapura kini cecah RM 349.5k, tertinggi dalam tempoh 28 tahun! 01

Sumber imej: Your Singapore Guide

Angka itu mengatasi rekod tertinggi yang dicatatkan sebelum ini dalam kategori berkenaan iaitu Kategori Terbuka yang dulunya disenarai dalam Kategori Empat iaitu S$ 110,500 (RM 349,384) yang direkodkan pada Disember 1994.

Sebagai info, COE untuk Kategori Terbuka boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi kebiasaannya digunakan untuk kereta mewah. Harga bagi COE untuk kategori itu pada bidaan terdahulu adalah S$ 104,400 (RM 330,080).

Juga baca: Pembeli di Singapura makin terseksa, 'geran' COE kereta besar di sana kini cecah RM 320k!

Kos miliki COE di Singapura kini cecah RM 349.5k, tertinggi dalam tempoh 28 tahun! 02

Sumber imej: AsiaOne

Selain daripada Kategori Terbuka, harga bagi bidaan COE terkini meningkat untuk semua kategori kenderaan.

Bagi Kategori A atau kereta dengan sesaran enjin sehingga 1,600 cc dan kuasa 130 bhp, ia meningkat kepada S$ 78,001 (RM 246,615) berbanding S$ 74,989 (RM 237,092) dalam bidaan lalu.

Sementara itu, premium bagi kereta-kereta lebih besar dan bersesaran tinggi dalam Kategori B meningkat kepada S$ 107,800 (RM 340,830) dari S$ 106,001 (RM 335,171).

Kos miliki COE di Singapura kini cecah RM 349.5k, tertinggi dalam tempoh 28 tahun! 03

Sumber imej: CarBuyer Singapore

Premium motosikal pula ditutup pada S$ 10,889 (RM 34,430), naik sedikit dari S$ 10,302 (RM 32,573) dalam bidaan sebelumnya.

COE bagi kenderaan komersial termasuk kenderaan bermuatan dan bas pula naik ke angka S$ 54,001 (RM 170,741) berbanding S$ 53,011 (RM 167,610) dalam bidaan lalu.

Juga baca: COE motosikal di Singapura terus 'meroket', harga Yamaha Sniper 155 2021 (Y16ZR) kini lebih RM 40k!

Kos miliki COE di Singapura kini cecah RM 349.5k, tertinggi dalam tempoh 28 tahun! 04

Sumber imej: Motorist.sg

Begitupun, harga yang tinggi nampaknya tidak mengurangkan permintaan dengan secara keseluruhan, sejumlah 2,863 bidaan diterima dengan kuota sebanyak 2,023 COE diperuntukkan oleh pihak berwajib.

Sebagai info, harga COE menunjukkan trend meningkat sejak beberapa bidaan lalu, dengan premium bagi Kategori B dan Kategori Terbuka menjangkaui paras S$ 100,000 (RM 316,181) pada 8 Jun.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda