window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pembeli di Singapura makin terseksa, 'geran' COE kereta besar di sana kini cecah RM 320k!

Faisal ยท Jun 11, 2022 12:00 PM

Pembeli di Singapura makin terseksa, 'geran' COE kereta besar di sana kini cecah RM 320k! 01

Harga sijil Hak Milik Kenderaan (COE) yang dilaksanakan di Singapura saban tahun nampaknya semakin meningkat. Untuk makluman anda, bidaan Kategori B dan Kategori Terbuka baru-baru ini ditutup pada kadar mencecah S$100,000 (~RM 319.6k).

Juga baca'Geran di tangan' COE Singapura naik harga kaw-kaw, paling tinggi dalam tempoh 9 tahun!

Selama ini, Kategori B terdiri daripada kereta yang enjin berkapasiti lebih 1,600cc atau dengan kuasa melebihi 130 PS. Sekarang, ia turut merangkumi kereta elektrik yang mempunyai kuasa sehingga 150 PS.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pembeli di Singapura makin terseksa, 'geran' COE kereta besar di sana kini cecah RM 320k! 01

Secara amnya, premium bagi kereta lebih besar dan lebih berkuasa dalam Kategori B menyaksikan lonjakan yang paling tinggi sejak tahun 1994, iaitu dari S$95,889 kepada S$100,684 (~RM 306.5k – RM 321.8k), iaitu hampir S$5,000 (~RM 15.9k). Menariknya, premium kenderaan Kategori Empat pada Disember lalu pernah mencecah S$110,500 (~RM 353.1k).

Pembeli di Singapura makin terseksa, 'geran' COE kereta besar di sana kini cecah RM 320k! 02

Kredit foto: SG family man.

Harga COE untuk Kategori A atau kereta sehingga 1,600cc dan 130 PS pula ditutup pada S$73,801 (~RM 235.8k). Sebagai perbandingan, bidaan lalu adalah pada S$68,001 (~RM 217k). Kategori ini termasuklah kenderaan EV yang berkuasa sehingga 150 PS.

Pembeli di Singapura makin terseksa, 'geran' COE kereta besar di sana kini cecah RM 320k! 03

Kredit foto: The Straits Times.

Di samping itu, premium untuk motosikal pula ditutup pada S$10,000 (~RM 31.9k). Bidaan yang sebelum ini pula pada S$9,490 (~RM 30.3k).

Juga bacaKos untuk miliki motosikal di Singapura terus melonjak, deposit bidaan COE bakal naik dari RM 615 ke RM 2.5k!

Pembeli di Singapura makin terseksa, 'geran' COE kereta besar di sana kini cecah RM 320k! 04

Kredit foto: Data Science.

Untuk kenderaan komersial termasuk kenderaan muatan dan bas, COE di Singapura telah naik dari S$51,501 (~RM 164.6k) kepada S$53,002 (~RM 169.4k).

Secara keseluruhannya, sebanyak 2,956 bidaan daripada 2,056 COE yang diperuntukkan telah diterima oleh pihak berkuasa.

SUmber: MediaCorp

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda