Persaingan dalam segmen skuter maxi di Malaysia bertambah meriah dengan kehadiran WMoto RT3, tahun lalu dan menurut MForce, model berkenaan mendapat sambutan yang hangat buat penggemar dalam segmen berkenaan.
Dan selepas lebih setahun berada di pasaran, skuter bersesaran 250 cc dengan reka bentuk 'segak' itu bakal tampil dengan versi naik taraf iaitu WMoto RT3S.
Ia dimaklumkan sendiri oleh MForce menerusi laman Facebook rasmi syarikat itu menerusi satu video 'teaser'. Begitupun, video itu tidak memaparkan imej sebarang motosikal atau 'siluet', namun menunjukkan panel meter TFT berwarna pelbagai informasi.
Berdasarkan kapsyen, ia adalah model kemas kini atau naik taraf untuk WMoto RT3 iaitu WMoto RT3S.
"Skuter WMoto RT3S bakal membuat penampilan baharu yang dinaik taraf dengan ciri terbaru. Untuk tahu lebih lanjut, nantikan kemunculannya bersama kami."
Kepada yang tidak tahu, WMotor RT3 adalah model 'rebadge' skuter keluaran syarikat China, Zongshen Cyclone RT3 yang mendapat permintaan cukup hangat di pasaran negara berkenaan.
Dan beberapa bulan lalu, model 'kembarnya' di China itu datang dengan versi naik taraf terbaharu iaitu Zongshen Cyclon RT3S dan sebagai versi naik taraf, ia datang dengan pelbagai pembaharuan.
Sekalipun tidak mengalami perubahan ketara dari sudut reka bentuk, naik taraf yang diberikan kepada RT3S boleh dianggap komprehensif dan cukup banyak termasuklah penggunaan panel meter TFT berwarna.
Perubahan lain terhadap RT3S termasuklah rekaan lampu depan yang sudah dipisahkan tetapi apa yang menjadi perhatian dan mungkin paling menarik, ia dipadankan dengan visor angin boleh laras secara elektrik selain kapasiti storan bawah pelana yang lebih luas.
Ketika ini, WMoto RT3 di pasaran Malaysia masih menggunakan panel meter jenis gabungan analog dan digital LCD dengan visor angin tidak boleh laras. Apapun untuk perkembangan lanjut, kita nantikan pengumuman daripada MForce.
Juga baca: WMoto lancar skuter maxi RT3, lebih berkuasa & padu, harga RM 15,188
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}