Proton Savvy jadi kenderaan elektrik (EV), pandu sendiri hasil pembangunan 'startup' dari Indonesia!

Proton Savvy adalah model paling tepat digambarkan sebagai tahan (menurut pasukan pemasarannya), menyeronokkan untuk dipandu (hasil pemanduan dan pengendaliannya), dan salah satu model Proton yang dipandang rendah (terutamanya dengan transmisi AMT). 

Mungkin, kesemua aspek ini tepat dengan kriteria yang dicari oleh syarikat pemula dari Indonesia, kerana mereka memilih Proton Savvy untuk di-elektrifikasi.

Dilancarkan pada Pameran Kenderaan Elektrik Periklindo (PEVS) 2022 yang sedang berlangsung, kenderaan elektrik Savvy (EV) dinamakan semula sebagai Vixmo Zero.

Sebagai rujukan, Vixmo ialah nama syarikat pemula teknologi baharu yang berurusan terutamanya dengan sistem pemanduan autonomi (swapandu atau pandu sendiri) dan berpangkalan di Surabaya.

Proton Savvy jadi EV (Kredit: Mukhammad Wildan)

Pasukan kecil itu mengambil masa 2 setengah tahun untuk menukar dan membangunkan Proton Savvy 2007 menjadi Vizmo Zero. Unit yang dipertontonkan pada pameran EV Periklindo adalah unit prototaip tetapi laman web Vixmo telah menyatakan bahawa ia tersedia untuk pra-pesanan.

Walaupun terdapat penambahan kit badan yang disesuaikan, panel yang menggantikan gril hadapan, serta peningkatan peranti elektronik yang membantu dalam pemanduan sendiri, tentunya rekaan asas Savvy dengan bentuk cangkerang dan reka bentuk pintu yang unik tidak dapat dinafikan.

Sistem pemanduan autonomi akan dibangunkan sepenuhnya di Indonesia. Vixmo Zero turut menggunakan sehingga 9 kamera dan sensor LiDAR yang dipasang di atas bumbung yang membantu mentafsir data keadaan sekeliling berdasarkan permukaan geografi.

Ruang belakang yang praktikal ini juga mungkin yang menjadikan Savvy sebagai pilihan utama

Data visual dan geografi ini dihantar ke 3 komputer kerangka utama yang terletak di bahagian but belakang untuk diproses yang kemudiannya akan ditukar kepada data untuk komponen pemanduan EV yang mengawal brek, pecutan dan stereng.

Baca: Sumpahan trio hatchback kecil Proton – Kenapa Tiara, Savvy dan Iriz tak laku?

Isyarat GPS digunakan untuk mengesan lokasi kereta manakala antena GSM bertindak sebagai isyarat sambungan data supaya kenderaan ini dapat berfungsi secara berterusan.

Pemanduan autonomi mungkin kedengaran menarik tetapi berdasarkan kebergantungan terhadap data dan sensor yang sangat kompleks, ia membuatkan umum tertanya-tanya bahawa bukankah lebih mudah jika manusia yang mengawal kereta itu?

Tiada butiran lain mengenai cara hatchbak itu boleh memandu sendiri serta tiada maklumat tentang kapasiti bateri, jarak gerak atau output kuasa motor elektrik. Namun, Vixmo ada memaparkan demonstrasi animasi mengenai aspek pengecasan semula (regeneratif) Zero ini.

Vixmo Alpha

Agak menarik apabila pasukan pembangunan Vixmo memilih Proton Savvy sebagai model pertamanya untuk menunjukkan teknologi pemanduan autonomi mereka. Selain Zero, syarikat pemula dari Indonesia ini juga merancang untuk melancarkan Vixmo Alpha, model pembangunan sepenuhnya dari mereka pada masa hadapan.

Baca: Mykar - prototaip kereta elektrik Malaysia, jarak perjalanan 150 km, harga bawah RM 50k?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Yaris

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model