Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telahpun mengenal pasti satu lokasi di Jalan Temiang-Pantai yang sesuai untuk dijadikan kawasan tempat meletak kenderaan.
Apapun, tanah bersaiz 0.7 hektar itu adalah milik individu. Menurut Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, kerajaan negeri juga akan teruskan usaha untuk mengenal pasti tempat lain.
Untuk makluman anda, proses pengambilan tanah individu secara rundingan juga mungkin perlu dibuat kerana kawasan tersebut sememangnya ramai pengunjung. Maklumlah, pemandangan ala ‘New Zealand’ kan?
Menariknya, JKR akan turut membuat permohonan untuk penambahan lampu jalan supaya pengguna rasa lebih selamat untuk lalu pada waktu malam. Pada masa yang sama, kegiatan jenayah juga dapat dielakkan.
Juga baca: Selain gesa bina R&R, geng basikal minta laluan khas di Jalan Temiang-Pantai
Sumber: Bernama
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}