window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Selain gesa bina R&R, geng basikal minta laluan khas di Jalan Temiang-Pantai

Khairil · Jun 9, 2022 05:00 PM

 

Selain gesa bina R&R, geng basikal minta laluan khas di Jalan Temiang-Pantai 01

Segerakan kemudahan meletak kenderaan di Jalan Temiang-Pantai, Negeri Sembilan yang menjadi lokasi tumpuan untuk orang ramai bergambar. Itu permintaan beberapa kelab berbasikal di negeri ini, memetik laporan Sinar Harian.

Gesaan yang ditujukan kepada kerajaan itu disuarakan oleh Presiden Kelab Basikal Tua Negeri Sembilan, Amran Yahya yang berkata kehadiran pengunjung di lokosi berkenaan tidak dapat dielakkan kerana ia memang menarik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Gara-gara menikmati ‘New Zealand’ Malaysia, 48 saman dikeluarkan di Jalan Temiang-Pantai

Selain gesa bina R&R, geng basikal minta laluan khas di Jalan Temiang-Pantai 01

Gambar hiasan

Menurutnya, selain daripada kelab kereta dan motosikal, Jalan Temiang-Pantai turut menjadi pilihan kepada bukan saja kelab kelab basikal dari pelbagai negeri pun banyak yang pilih jalan itu untuk menjalankan aktiviti berkayuh.

Sambil menyatakan kelabnya turut berhasrat mengadakan aktiviti berbasikal di lokasi berkenaan, tetapi ia dibatalkan selepas insiden kemalangan maut membabitkan seorang penunggang basikal baru-baru ini.

Selain gesa bina R&R, geng basikal minta laluan khas di Jalan Temiang-Pantai 02

Kes kemalangan maut di Jalan Temiang-Pantai membabitkan penunggang basikal, baru-baru ini

"Dengan adanya tempat meletak kenderaan di situ keselamatan pengguna jalan raya lebih terjamin dan mereka boleh berhenti untuk mengambil gambar. Masa awal-awal dibuka dulu orang tidaklah ramai sangat, tapi sejak diviralkan ramai ambil peluang datang untuk bergambar.

"Bukan saja orang persendirian, tapi kelab basikal, kelab kereta dan motosikal juga datang ke sini, katanya yang turut mencadangkan pemasangan papan tanda keselamatan selain menyediakan laluan berbasikal bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Selain gesa bina R&R, geng basikal minta laluan khas di Jalan Temiang-Pantai 03

Gambar hiasan

Turut menyuarakan kebimbangan sama adalah Presiden Perpatih Cycling Komuniti, Jamari Abdul Rahman yang menyatakan Jalan Temiang-Pantai cukup sesuai untuk aktiviti berbasikal.

"Jalan itu memang cantik dan untuk aktiviti berbasikal ia sangat mengujakan. Baru-baru ini, kelab basikal dari Melaka dan Johor minta bantuan saya bawa mereka ke situ. Bayangkan orang dari jauh pun sanggup datang sini kayuh basikal. Jadi saya rasa kerajaan perlu percepatkan cadangan bina tempat letak kereta di situ," katanya.

Selain gesa bina R&R, geng basikal minta laluan khas di Jalan Temiang-Pantai 04

Gambar hiasan

Media sebelum ini pernah melaporkan kerajaan Negeri Sembilan akan memohon kepada kerajaan Persekutuan bagi membina tempat meletakkan kenderaan di Jalan Temiang-Pantai kerana rata-rata pengunjung mengambil tindakan memberhentikan kenderaan termasuk di lorong kecemasan hingga menimbulkan risiko keselamatan.

Selain gesa bina R&R, geng basikal minta laluan khas di Jalan Temiang-Pantai 05

Gambar hiasan

Dalam laporan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menjelaskan permohonan akan dibuat oleh kerajaan negeri kerana Jalan Temiang-Pantai merupakan Jalan Persekutuan.

Juga bacaPenangan viral, Jalan Temiang - Pantai bakal mempunyai tempat letak kenderaan untuk sesi bergambar?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda