Sebuah SUV Honda yang lengkap dengan penyamaran telahpun dipertonton di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022.
Bagi anda yang belum tahu, di pasaran Indonesia, inilah senjata Honda untuk berentap dengan Toyota Raize / Daihatsu Rocky (Perodua Ativa), Kia Sonet dan Nissan Magnite.
Juga baca: Lakaran: Honda SUV RS Concept ada ilustrasi terbaru, lagi cun daripada Perodua Ativa!
Menurut Autofun Indonesia, model ini mungkin calon sebenar buat Honda WR-V 2023 dan produksinya mungkin akan bermula pada Disember 2022.
Walaupun menggunakan platform sama dengan Honda BR-V, terdapat spekulasi bahawa SUV ini akan hadir dengan nadi 1.2L NA sama yang digunapakai pada Honda Brio. Apapun, enjin 1.5L NA yang ada pada Honda BR-V juga mungkin beransur pada SUV ini.
Juga baca: Honda SUV RS Concept: Maklumat awal didedah, enjin 1.5L dengan CVT, ada varian manual!
Mengenai samaran yang dipamerkan itu, ia nampak hampir sama dengan kereta konsep Honda SUV RS. Walaupun banyak bahagian yang masih dirahsiakan, majoriti daripada perinciannya nampak betul-betul serupa dengan kereta konsep tersebut.
Apapun, bahagian lampu depannya nampak sedikit lain.
Setakat ini, rakan kami di Autofun Indonesia percaya bahawa SUV ini bakal dinamakan sebagai Honda WR-V.
Kalau anda perhati pada samaran ini, terdapat banyak perkataan yang bermula dengan huruf ‘W’. Contohnya seperti ‘Wow’, ‘Wander’, ‘Wit’, ‘Welcome’, ‘Win’, ‘Wish’, ‘Worthy’ dan perkataan ‘Coming Soon’. Jadi disebabkan banyak W, agak logik sekiranya Honda guna nama WR-V.
Menurut mereka, panjang SUV ini dianggarkan pada 4,200 mm.
Lebarnya pula sekitar 1,800 mm. Di bawah adalah perbezaan dimensi SUV segmen B ini di pasaran Indonesia:
Perbezaan dimensi | |||
| Panjang | Lebar | Tinggi |
Honda WR-V 2023 | 4,200 mm | 1,800 mm | - |
Kia Sonet | 4,120 mm | 1,790 mm | 1,615 mm |
Toyota Raize – Daihatsu Rocky | 4,030 mm | 1,710 mm | 1,635 mm |
Nissan Magnite | 3,994 mm | 1,758 mm | 1,572 mm |
Jadi, saiz Honda SUV RS (WR-V) 2023 nampaknya paling besar dalam segmennya.
Juga baca: Spyshots: saingan Ativa; Honda SUV RS Concept 1.5L versi pengeluaran, akan dilancarkan pada 2023
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}