window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshots: saingan Ativa; Honda SUV RS Concept 1.5L versi pengeluaran, akan dilancarkan pada 2023

Zamil Syaheer · Jul 12, 2022 02:00 PM

Spyshots: saingan Ativa; Honda SUV RS Concept 1.5L versi pengeluaran, akan dilancarkan pada 2023 01

Sejak Daihatsu Rocky dan pelbagai model derivatifnya (termasuk Perodua Ativa) membuat penampilan sulung pada 2019, ia telah mendapat sambutan yang hangat. Mengetahui perkara ini, Honda ingin turut serta dengan memperkenalkan SUV RS Concept.

Spyshots: saingan Ativa; Honda SUV RS Concept 1.5L versi pengeluaran, akan dilancarkan pada 2023 02

Media Indonesia Autonetmagz baru-baru ini memperoleh imej Honda SUV RS Concept yang nampak seperti versi pengeluaran. Ini bermakna Honda sedang bersiap sedia untuk membuat penampilan sulungnya tidak lama lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Honda SUV RS Concept didedah, pandang pertama SUV kompak Honda!

Spyshots: saingan Ativa; Honda SUV RS Concept 1.5L versi pengeluaran, akan dilancarkan pada 2023 01

Sekilas pandang, Honda telah mengurangkan banyak elemen konsep untuk SUV RS. Lampu hadapan nipis dan gril futuristik telah digantikan dengan unit yang lebih kontemporari; gril hadapan pentagonal mendapat dos bit krom dan diapit oleh sepasang lampu hadapan LED.

Spyshots: saingan Ativa; Honda SUV RS Concept 1.5L versi pengeluaran, akan dilancarkan pada 2023 02

Di bahagian belakang, SUV kecil ini mendapat sepasang lampu yang kelihatan tajam, antena sirip jerung dan spoiler kecil yang kemas. Lazimnya bagi SUV, versi pengeluaran SUV RS Concept juga mendapat pelapisan badan dan rel bumbung serba bulat.

Spyshots: saingan Ativa; Honda SUV RS Concept 1.5L versi pengeluaran, akan dilancarkan pada 2023 03

Terdahulu, lima varian SUV RS Concept telah disenaraikan dalam laman web NJKB Samsat DKI Jakarta. Samsat adalah setara Indonesia dengan JPJ di Malaysia. Kesemua 5 varian yang dinyatakan seolah-olah membayangkan bahawa SUV itu bakal ditawarkan dengan varian enjin petrol DOHC 1.5 liter aspirasi semula jadi yang sama seperti City dan City Hatchback, menghasilkan 121 PS dan 145 Nm. Pilihan transmisi termasuk transmisi manual dan CVT.

Baca juga: Honda SUV RS Concept: Maklumat awal didedah, enjin 1.5L dengan CVT, ada varian manual!

Bagaimana dengan Malaysia?

Honda Indonesia telah menyebut bahawa SUV kecil ini akan ditawarkan di rantau ASEAN, bermakna ada potensi untuk ia diperkenalkan di Malaysia.

Baca juga: Harga Honda SUV RS Concept disasar mula bawah RM 80k, jauh lebih murah dari HR-V!

Tetapi sebelum SUV kecil ini tiba di sini, Honda Malaysia akan memperkenalkan Honda HR-V 2022 serba baru tidak lama lagi.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda