window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga Honda SUV RS Concept disasar mula bawah RM 80k, jauh lebih murah dari HR-V!

Haris · May 24, 2022 11:00 AM

Harga Honda SUV RS Concept disasar mula bawah RM 80k, jauh lebih murah dari HR-V! 01

Sudah setengah tahun sejak Honda pertama kali mempamerkan model konsep Honda SUV RS semasa Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia 2021 (GIIAS 2021), tetapi model itu masih belum jauh dari fasa pengeluaran kepada umum. Hal ini kerana Honda sedang menguji sambutan orang ramai terhadap SUV kompak ini di seluruh Indonesia.

Harga Honda SUV RS Concept disasar mula bawah RM 80k, jauh lebih murah dari HR-V! 02

Untuk itu, selama beberapa bulan kebelakangan ini, Honda SUV RS Concept telah menemui prospek pelanggan di Surabaya, Bandung dan Semarang, di mana Honda Indonesia mengumpulkan maklum balas pelanggan dan mengukur sambutan orang ramai terhadap SUV yang masih belum dilancarkan ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harga Honda SUV RS Concept disasar mula bawah RM 80k, jauh lebih murah dari HR-V! 01

Hasil daripada salah satu tinjauan yang dikaji selidik oleh Honda Indonesia memberi pendapat bahawa titik harga tentatif adalah sekitar IDR 250 juta (~RM 75k) hingga IDR 350 juta (~RM 105k), sekiranya Honda SUV RS Concept memasuki siri pengeluaran.

Harga Honda SUV RS Concept disasar mula bawah RM 80k, jauh lebih murah dari HR-V! 02

Dari segi konteks, harga permulaan IDR 250 juta tersebut akan meletakkan Honda SUV RS Concept versi pengeluaran tepat ke wilayah harga pesaing seperti Daihatsu Rocky dan Toyota Raize.

Baca: Honda mengacah model misteri, adakah ini WR-V atau ZR-V, pesaing Perodua Ativa?

Adakah Honda SUV RS Concept akan menjadi Honda WR-V generasi seterusnya?

Harga Honda SUV RS Concept disasar mula bawah RM 80k, jauh lebih murah dari HR-V! 03

Terdapat kemungkinan besar bahawa Honda SUV RS Concept boleh direalisasikan menjadi Honda WR-V generasi kedua, bukan Honda ZR-V seperti spekulasi sebelum ini. Tanda nama ZR-V kini menjadi nama SUV berasaskan Civic baharu yang diposisikan di antara HR-V dan CR-V untuk pasaran Eropah dan China.

Harga Honda SUV RS Concept disasar mula bawah RM 80k, jauh lebih murah dari HR-V! 04

Dalam satu kenyataan, Honda Indonesia juga ada menyebut bahawa crossover konsep SUV RS akhirnya akan ditawarkan di rantau ASEAN, berkemungkinan memasuki Malaysia juga. Selain rantau ASEAN, crossover tersebut juga akan ditawarkan di negara-negara membangun, seperti Amerika Selatan.

Baca: Honda ZR-V China hanyalah HR-V berasaskan Civic FE - 1.5 VTEC Turbo, 182 PS & 240 Nm

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda