BMW Group Malaysia dan komuniti pemilik M di Malaysia telah memberi penghormatan kepada Hari Malaysia ke-59 pada tahun ini dengan perhimpunan serba unik yang melibatkan lebih daripada 120 buah kenderaan BMW M merentasi pelbagai generasi. Ia juga telah menyemarakkan lagi semangat BMW M dalam kalangan komuniti pemilik dan peminat tempatan.
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Tahun ini, sementara kita meraikan sejarah BMW M selama lima dekad sebagai sebuah pasukan, kita juga perlu menyuluh semangat perpaduan yang dipamerkan oleh warga Malaysia sebagai sebuah negara selama 59 tahun. Saya berasa amat gembira kerana berpeluang menyaksikan semangat yang dikongsi bersama oleh warga Malaysia terhadap jenama ini, yang bukan sahaja mendemonstrasikan kebanggaan dan cinta mereka ke atas divisyen sukan permotoran tersebut, tapi juga buat Malaysia pada hari yang begitu bermakna”.
Bersempena dengan sambutan Hari ///Malaysia, BMW Group Malaysia juga telah menghadiahkan para pemenang bagi pencarian jentera BMW M yang tertua di Malaysia bagi setiap siri model – sebuah peraduan nasional yang dianjurkan pada bulan Mei tahun ini, bersempena dengan 50 Jahre M. Tiga daripada enam model BMW M pemenang telah diperagakan di perhimpunan Hari Malaysia tersebut untuk tatapan umum.
Berikut merupakan senarai pemenang (bukan dalam turutan tertentu):
“Kami benar-benar tersentuh dengan sokongan padu yang dicurahkan oleh para pemilik dan peminat BMW M di Malaysia, banyak daripada mereka yang telah bersama dengan kami dalam meraikan aspirasi jenama ini selama lima dasawarsa untuk meneruskan kecemerlangan dalam sukan permotoran. Sokongan tidak berbelah bahagi mereka telah menjadi tonggak kejayaan kami di sini, dan Hari ///Malaysia merupakan lambang perpaduan dan kebanggaan sebenar yang telah dipamerkan oleh komuniti BMW M Malaysia,” simpul Hans.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}