Wuling Mini EV Convertible nampaknya akan dirasmikan di China pada minggu hadapan tetapi harganya telah bocor. Menariknya, ia bukanlah murah.
Sebagai contoh, Wuling Mini EV yang bumbung boleh diturunkan ini dikatakan bermula pada harga 87,800 CNY – 102,800 CNY (~RM 56k – RM 66k). Kalau anda nak tahu, harga Wuling Mini EV varian biasa pula ditawarkan dari 32,800 CNY hingga 72,800 CNY (~RM 21k – RM 47k).
Ini bermakna harganya bertindih dengan Geely Binyue (Proton X50) yang mana di China, SUV itu berada dalam lingkungan 72,800 CNY – 119,800 CNY (~RM 47k – RM 77k).
Yang peliknya, julat harga yang agak mahal ini tidak jadi penghalang langsung kerana sebanyak 150,000 tempahan telah diterima. Apapun, hanya 200 pembeli sahaja yang akan dipilih untuk mendapat model kumpulan pertama.
Apapun, Wuling Mini EV Convertible ini bukan mahal semata-mata kerana jarak geraknya dinaik taraf sehingga 280 km. Untuk makluman anda, varian biasa hanya boleh pergi sejauh 120 km – 170 km.
Dari segi komponen, ia datang dengan pek bateri 26.5 kWj. Sebagai perbandingan, Wuling Mini EV varian biasa hanya menggunakan kapasiti 9.2 kWj.
Disebabkan convertible EV ini terlalu laku, Wuling memberitahu bahawa mereka mungkin akan menambah lagi bilangan kumpulan untuk menampung permintaan yang tinggi.
Juga baca:
Wuling Mini EV & E300, kereta EV harga Axia ini bakal tembus pasaran Indonesia seawal 2022!
Wuling Hongguang Mini EV teramatlah murah, ia dibuat menggunakan alatan biasa di rumah!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}