window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Wuling Mini EV & E300, kereta EV harga Axia ini bakal tembus pasaran Indonesia seawal 2022!

Faisal ยท Nov 24, 2021 10:00 AM

Wuling Mini EV & E300, kereta EV harga Axia ini bakal tembus pasaran Indonesia seawal 2022! 01

Walaupun Wuling Mini EV dan Wuling E300 ada dalam pameran Gaikindo Indonesia international Auto Show (GIIAS) 2021, kereta elektrik mini itu bukanlah untuk dijual. Tujuan sebenarnya adalah untuk mempertontonkan Global Small Electric Vehicle (GSEV) Wuling ke pasaran Indonesia dan mengetahui bagaimana sambutan di sana.

Wuling Mini EV & E300, kereta EV harga Axia ini bakal tembus pasaran Indonesia seawal 2022! 02

Wuling E300.

Jadi kalau sekadar pameran, bila EV ini hendak dilancarkan? Menurut Head of Product Planning Wuling Motors, pelancaran kedua-dua EV ke pasaran Indonesia hanya akan berlangsung apabila Wuling di China perkenalkan platform GSEV baharu.

Wuling Mini EV & E300, kereta EV harga Axia ini bakal tembus pasaran Indonesia seawal 2022! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Platform generasi baharu ini katanya akan diperkenalkan seawal 2022.

Wuling Mini EV & E300, kereta EV harga Axia ini bakal tembus pasaran Indonesia seawal 2022! 01

Wuling Mini EV.

Memandangkan Wuling Motors di Indonesia ada pelan untuk memasang Mini EV dan E300 di sana, agak relevan sekiranya mereka tunggu dahulu perasmian produk generasi baharu sebelum produksinya beransur.

Wuling Mini EV & E300, kereta EV harga Axia ini bakal tembus pasaran Indonesia seawal 2022! 02

Beliau turut menjelaskan bahawa Wuling Nano EV yang bakal dirasmikan nanti akan tembus pasaran Indonesia selepas membuat pelancaran di China.

Wuling Mini EV & E300, kereta EV harga Axia ini bakal tembus pasaran Indonesia seawal 2022! 03

Satu lagi perkara yang beliau kongsikan adalah platform GSEV Wuling yang baharu akan lebih fleksibel dan boleh menyesuaikan dengan pelbagai keutamaan. Platform terbaru ini mempunyai tiga penjuru utama yang terdiri daripada bateri, motor elektrik dan sistem kawalan elektronik.

Antara kelebihan platform GSEV baharu adalah kebolehan untuk mengecas kereta menggunakan sumber kuasa konvensional di rumah. Model EV yang akan berasaskan platform GSEV baharu nanti juga boleh menampung elektrik bervoltan 220 V beserta pengecasan pantas.

Wuling Mini EV & E300, kereta EV harga Axia ini bakal tembus pasaran Indonesia seawal 2022! 04

Mengenai harga pula, beliau mengesahkan bahawa EV tersebut cukup mampu milik buat masyarakat awam.

Di China, Wuling Mini EV berharga dalam julat 28,800 CNY ke 48,600 CNY (~RM 19,000 – RM 31,900). Wuling E300 pula ditawarkan pada 65,800 CNY ke 85,800 CNY (~RM 43,000 – RM 56,000). Harga di Indonesia nanti dijanjikan lebih kurang sama dengan harga di China.

Juga bacaBajet 2022 – kereta EV: 0% cukai import, eksais & road tax, RM 2.5k rebat untuk cukai pendapatan

Wuling Mini EV & E300, kereta EV harga Axia ini bakal tembus pasaran Indonesia seawal 2022! 05

Buat masa sekarang, persepsi EV di Indonesia adalah kenderaan yang berharga mahal dan tidak mampu dimiliki oleh rakyat marhaen. Apapun, Wuling Motors berharap supaya model GSEV kelak dapat mengubah tanggapan ini agar matlamat Indonesia untuk menggugurkan penggunaan enjin menjelang tahun 2050 dapat direalisasikan dengan lebih mudah.

Juga bacaBajet 2022: Tarikh luput 0% cukai import dan eksais bagi BEV – 2023 untuk CBU, 2025 untuk CKD

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia