Demi ilmu dan balas jasa, mahasiswa ini selamba tunggang Modenas Kriss seorang diri ketika mendaftar di UM!

Seorang pemuda berjaya 'menjentik' hati staf Universiti Malaysia (UM) apabila datang ke pusat pengajian itu untuk mendaftar secara berseorangan dengan menunggang motosikal Modenas Kriss bersama beg dan kelengkapan peribadinya yang diikat. 

Tidak ditemani sesiapa, kisah pemuda berbangsa Cina asal Johor dikenali sebagai Lau Lai Kiat itu diceritakan di laman Facebook rasmi UM dan tular. 

Lau Lai Kiat

Ketika disapa staf pendaftar, Kai Kiat yang juga pelajar jurusan Pengurusan Sukan menyatakan dia datang berseorang ke UM dengan menaiki motosikal dari Putrajaya.

Kai Kiat berkata, dia bermalam di rumah rakannya di Putrajaya sehari sebelum mendaftar selepas mengambil motosikal Modenas Kriss miliknya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Juga baca: Guna duit syiling RM 12.7k beli skuter Honda PCX 160, kedai, jurujual 'sporting', tiada cas tambahan untuk kira!

“Selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), saya menyambung pengajian di peringkat diploma di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Motosikal ini memang saya letak di kawasan parkir TBS, dan saya gunakan setiap kali ‘turun’ KL."

Sekalipun perjalanan dari Putrajaya ke UM tidak begitu jauh, begitupun motosikal yang ditunggang Lai Kiat 'sarat' dengan kelengkapannya yang mencetus sedikit kebimbangan staf berkenaan.

Seperti mengerti kebimbangan oleh staf pendaftar membabitkan motosikal Modenas Kriss miliknya itu, dia yang menghuni Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah (KK12) di UM menjawab: "Abang jangan risau. Saya baru tukar minyak hitam bulan lepas."

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Lai Kiat berkata dia bercita-cita untuk menceburi bidang perniagaan setelah tamat pengajian nanti dan harapannya adalah untuk membalas jasa bapanya. 

Juga baca: Setahun menabung duit syiling untuk beli skuter Honda Beat, yang penting tunai!

"Ayah saya yang hanya bekerja sebagai buruh telah bertungkus lumus membesarkan kami adik-beradik, dan sudah tiba masanya saya cuba membalas jasanya,” kata anak bongsu daripada tiga adik-beradik ini juga yang pertama di kalangan ahli keluarganya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Sumber imej: FB Universiti Malaya 

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan ...

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton Persona

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model