window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Guna duit syiling RM 12.7k beli skuter Honda PCX 160, kedai, jurujual 'sporting', tiada cas tambahan untuk kira!

Khairil · Oct 9, 2022 04:00 PM

Guna duit syiling RM 12.7k beli skuter Honda PCX 160, kedai, jurujual 'sporting', tiada cas tambahan untuk kira! 01

Seorang individu melakukan sesuatu yang agak pelik apabila datang ke kedai menjual motosikal jenama Honda dan membeli skuter idamannya, Honda PCX 160 dengan menggunakan duit syiling.

Kejadian aneh itu begitupun tidak berlaku di Malaysia, namun di negara jiran Thailand dan ia pantas menjadi tular di media sosial, atas beberapa sebab.

Guna duit syiling RM 12.7k beli skuter Honda PCX 160, kedai, jurujual 'sporting', tiada cas tambahan untuk kira! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kerana berkat menabung, individu berkenaan datang ke kedai menjual motosikal, Akhom Charoen Honda Motorcycles yang terletak di daerah Chon Buri dengan membawa wang syiling berjumlah 102,500 baht (RM 12,772).

Tidak mendedahkan wajah pembeli, kedai motosikal itu menceritakan kejadian berkenaan di laman Facebook rasmi mereka dengan gambar pekerja sedang mengira duit syiling.

Guna duit syiling RM 12.7k beli skuter Honda PCX 160, kedai, jurujual 'sporting', tiada cas tambahan untuk kira! 01

"Cuba teka berapa banyak duit syiling ini?," tulis mereka. "Pelanggan memberitahu saya dia menyimpan setiap hari untuk membeli (Honda) PCX 160 secara tunai! Menakjubkan! Kami mengiranya dengan gembira."

Guna duit syiling RM 12.7k beli skuter Honda PCX 160, kedai, jurujual 'sporting', tiada cas tambahan untuk kira! 02

Memetik laporan media Thailand pula, seorang wakil penjual kedai motosikal itu berkata ada seorang pelanggan menghubungi mereka dan bertanya adalah dia boleh membeli skuter Honda PCX 160 menggunakan duit syiling.

Dan jawapan mereka adalah ya.

Guna duit syiling RM 12.7k beli skuter Honda PCX 160, kedai, jurujual 'sporting', tiada cas tambahan untuk kira! 03

Bukan sekadar 'prank', individu berkenaan datang ke kedai itu dengan membawa dua kotak duit syiling untuk dikira dan jurujual itu meminta tolong beberapa rakan sekerjanya untuk membantu.

Apa yang menarik juga, kedai itu hanya mengambil masa 20 minit untuk mengira keseluruhan duit syiling itu dan turut mengasingkan yuran pendaftaran.

Guna duit syiling RM 12.7k beli skuter Honda PCX 160, kedai, jurujual 'sporting', tiada cas tambahan untuk kira! 04

Bagusnya, kedai itu langsung tidak mengenakan cas lain sekalipun terpaksa menghabiskan tenaga dan masa mengira duit syiling berkenaan.

Menurut kedai itu, tiada pelanggan lain pernah membuat pembelian seperti itu sebelum ini dan berkata mereka akan melayan dengan baik semua pelanggan tidak kira apa saja jenis pembayaran dilakukan mereka.

Guna duit syiling RM 12.7k beli skuter Honda PCX 160, kedai, jurujual 'sporting', tiada cas tambahan untuk kira! 05

Mengenai Honda PCX 160 di pasaran Thailand, skuter berkenaan menggunakan enjin 156.93 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api PGM-Fi yang digandingkan dengan transmisi automatik.

Guna duit syiling RM 12.7k beli skuter Honda PCX 160, kedai, jurujual 'sporting', tiada cas tambahan untuk kira! 06

Kuasa dihasilkan ialah 15.8 PS pada 8,500 rpm dan tork 15 Nm pada 6,500 rpm. Apa yang mengecewakan, Boon Siew Honda tidak membawa masuk skuter ini ke pasaran Malaysia setakat ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda