Pemenang Tol Percuma Touch 'n Go diumumkan, ada 24 peluang lagi untuk pengguna RFID menang tol percuma setahun!

Bayangkan… Anda memandu dari Kuala Lumpur ke Melaka sebab anak nak naik beca – tol dari Sungai Besi ke Ayer Keroh memakan kos RM 12.87. Sambil bersiar-siar di A Famosa, mengidam nasi kandar Hameediyah pulak! Isteri pun ‘on’ saja, keluar dari Plaza Tol Ayer Keroh tiba-tiba sampai Plaza Tol Juru – kosnya RM 51.58. Masuk Jambatan Pulau Pinang pula kena tol RM 5.74 lagi.

Apa kata, anda tak perlu bayar tol keseluruhan bernilai RM 70.19 ini untuk bersiar-siar bersama rakan dan keluarga? Apa kata… Anda tak payah bayar tol langsung selama 1 tahun?

Dah ada yang berjaya apabila Touch ‘n Go Malaysia (TnG) memberi beberapa pemenang bertuah peluang untuk menang tol percuma setahun menerusi peraduan Tol Percuma Touch ‘n Go yang kini masih berlangsung! Tempoh peraduan ini dipecahkan mengikut pusingan bagi memberi lebih banyak peluang untuk pengguna beralih ke RFID.

Bagaimana caranya untuk menang tol percuma setahun menerusi peraduan Tol Percuma TnG? Ini syarat-syaratnya:

  • Peraduan Tol Percuma TnG ini berlangsung dari 10 September – 18 November 2022
  • Terbuka untuk semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas
  • Terbuka hanya untuk kenderaan persendirian Kelas 1
  • Beli dan aktifkan RFID TnG
  • Gunakan RFID sekurang-kurangnya lima (5) kali untuk bayaran tol sepanjang tempoh peraduan berlangsung
  • 8 orang pemenang akan dipilih bagi setiap 2 minggu
  • Secara keseluruhannya, seramai 40 orang pemenang akan memenangi tol percuma selama 1 tahun dan kredit eWallet TnG bernilai RM 250.

Lebih mengujakan, senarai pemenang bagi Pusingan 1 dan Pusingan 2 peraduan Tol Percuma ini sudahpun diumumkan! Para pemenang bertuah ini bakal menikmati tol percuma selama setahun kerana mereka sudah beralih ke kaedah pembayaran tol menggunakan RFID baru-baru ini.

Tahniah diucapkan kepada 16 pemenang tol percuma dari Pusingan 1 dan Pusingan 2! Seronoknya dapat jalan-jalan ke mana saja di Semenanjung Malaysia, lalu plaza tol tak perlu keluar duit!

Ingat, peraduan Tol Percuma TnG bakal berakhir pada 18 November 2022. Oleh itu, anda hanya ada beberapa minggu saja lagi untuk pergi ke Pusat Touch ‘n Go Nu Sentral atau Bangsar South, pusat-pusat pemasangan RFID TnG, dan stesen-stesen minyak terpilih di seluruh negara untuk membeli tag RFID TnG anda dan menyertai peraduan Tol Percuma TnG ini.

Selain itu, anda juga boleh membeli tag RFID TnG secara atas-talian menerusi portal RFID TnG, aplikasi eWallet TnG, ataupun kedai rasmi TnG di Lazada dan Shopee.

Pengguna yang membeli tag RFID mereka di eWallet TnG akan menerima ‘cashback’ RM 8 ataupun pin isian-semula RM 8 bagi pembelian menerusi portal RFID sepanjang tempoh kempen ini.

Lebih menarik, RFID TnG bukan saja boleh digunakan untuk membayar tol semata-mata. Pengguna RFID TnG kini boleh menggunakan tag ini untuk membayar isian minyak di stesen-stesen Shell terpilih di seluruh Malaysia.

Buat masa ini, pembayaran minyak menggunakan RFID boleh didapati di 100 stesen Shell seluruh negara dan jumlah stesen terlibat dijangka akan meningkat ke 450 stesen Shell dalam masa dua tahun akan datang.

Bagaimana caranya untuk mengisi minyak dan membuat pembayaran menggunakan RFID TnG? Anda hanya perlu memasuki lot pam minyak yang dilengkapi pengesan RFID di silingnya dan ia akan mengesan tag RFID pada kenderaan anda secara automatik.

Lot pam minyak dilengkapi pengesan RFID ini turut disertakan dengan skrin di tiang bersebelahan pam berkenaan, dimana ia akan memaparkan arahan untuk anda mula mengisi minyak. Setelah anda selesai mengisi minyak kenderaan anda, sistem berkenaan akan mengecaj bayaran minyak di eWallet TnG anda secara automatik! Mudah, bukan?

Ingat, Touch n’ Go masih lagi mencari 24 pemenang untuk peraduan Tol Percuma TnG. Jangan buang masa dan dapatkan tag RFID TnG anda secepat mungkin untuk sertai Pusingan 3 peraduan ini!

Juga baca: Tol percuma setahun jika anda naiktaraf ke RFID Touch 'n Go - Ini caranya untuk menang!

    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, ...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Perodua Alza

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model