window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tol percuma setahun jika anda naiktaraf ke RFID Touch 'n Go - Ini caranya untuk menang!

Mersita · Oct 12, 2022 08:00 PM

Tol percuma setahun jika anda naiktaraf ke RFID Touch 'n Go - Ini caranya untuk menang! 01

Barangkali ‘flex’ yang jauh lebih hebat daripada memandu kereta mewah adalah melepasi plaza tol tanpa perlu membayar apa-apa – bukan sekadar seminggu dua, tapi setahun terus! Nak dapat kelebihan ini senang saja. Anda hanya perlu sertai Touch ‘n Go Free Toll Contest untuk berpeluang menang tol percuma setahun ini.

Bagi menyertai Touch ‘n Go Free Toll Contest, anda hanya perlu naiktaraf kaedah pembayaran anda kepada RFID Touch ‘n Go untuk dapatkan peluang menang tawaran istimewa ini selain menyertai lebih daripada 2 juta pengguna aktif RFID Touch ‘n Go di seluruh Malaysia yang menyokong usaha negara ke arah sistem aliran bebas berbilang lorong tanpa halangan.

Tol percuma setahun jika anda naiktaraf ke RFID Touch 'n Go - Ini caranya untuk menang! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berikut adalah info yang anda perlu tahu tentang Touch ‘n Go Free Toll Contest:

  • Peraduan berlangsung dari 10 September – 18 November 2022
  • Terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas
  • Terbuka hanya bagi kenderaan milik peribadi Kelas 1
  • Beli dan aktifkan RFID Touch ‘n Go
  • Gunakan RFID ini sekurang-kurangnya 5 kali bagi pembayaran tol sepanjang tempoh peraduan berlangsung
  • 8 orang pemenang akan dipilih setiap 2 minggu
  • Sejumlah 40 pemenang akan diberi tawaran tol percuma selama setahun dan kredit eWallet TNG sebanyak RM 250!

Tol percuma setahun jika anda naiktaraf ke RFID Touch 'n Go - Ini caranya untuk menang! 01

Dengan teknologi dan integrasi RFID Touch ‘n Go, pengguna boleh menikmati pembayaran tol tanpa tunai dengan mudah menerusi aplikasi eWallet Touch ‘n Go.

Anda boleh dapatkan RFID Touch ‘n Go di pusat Touch ‘n Go Nu Sentral dan Bangsar South, pusat-pusat pemasangan RFID, stesen-stesen petrol terpilih, atau beli secara atas-talian di portal RFID Touch ‘n Go, aplikasi eWallet Touch ‘n Go atau kedai rasmi Touch ‘n Go di Lazada dan Shopee.

Pengguna yang membuat pembelian menggunakan aplikasi eWallet Touch ‘n Go pula akan menerima ‘cashback’ RM 8 atau pin tambah-nilai RM 8 bagi pembelian menerusi portal RFID sepanjang tempoh kempen ini.

Bagaimana caranya untuk mengisi minyak kereta menggunakan RFID Touch ‘n Go?

Tol percuma setahun jika anda naiktaraf ke RFID Touch 'n Go - Ini caranya untuk menang! 02

Selain daripada untuk membayar tol, RFID Touch ‘n Go juga boleh digunakan untuk membayar minyak di stesen-stesen Shell terpilih di seluruh negara. Isian semula menggunakan RFID Touch ‘n Go kini boleh didapati di 100 stesen Shell di seluruh negara dan jumlah ini dijangka akan meningkat kepada 450 stesen Shell dalam tempoh 2 tahun akan datang.

Pengguna hanya perlu memarkir kenderaan masing-masing di pam minyak dilengkapi pengesan RFID dan bayaran akan didebit secara automatik dari eWallet Touch ‘n Go pengguna, membolehkan mereka terus mengisi minyak kenderaan tanpa perlu membawa keluar wang tunai atau kad.

Setelah selesai mengisi minyak, baki bayaran debit yang dibuat tadi akan serta-merta dipulangkan semula ke dalam akaun eWallet Touch ‘n Go pengguna berkenaan.

Tol percuma setahun jika anda naiktaraf ke RFID Touch 'n Go - Ini caranya untuk menang! 03

Menarik, bukan? Jimat masa, tenaga dan kurangkan sentuhan fizikal dengan RFID Touch ‘n Go hari ini!

Untuk dapatkan maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Touch ‘n Go dan mulakan perjalanan anda ke arah masa depan mobiliti di Malaysia.

Tol percuma setahun jika anda naiktaraf ke RFID Touch 'n Go - Ini caranya untuk menang! 04

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda