Dengan lambakan jenis dashcam kereta yang ada di pasaran kita sekarang, Malaysian Institute of Road Safery Research (MIROS) bersama CyberSecurity Malaysia (CSM) telah memperkenalkan sistem penilaian CamScore. Dashcam Safety Score Card yang menerapkan skor maksimum 5.00 ini bertujuan untuk memudahkan pengguna memilih dashcam terbaik.
Juga baca: Dashcam – barang wajib pada kereta masa kini, nak cari yang terbaik? Ini 3 petua mudah!
Antara aspek yang dinilai adalah dari segi Advanced Driver Assistance System (ADAS). Setakat ini, sebanyak 40 dashcam dari pelbagai jenama telahpun dinilai dan yang paling banyak mendapat penarafan 5 bintang adalah 70mai iaitu dengan purata skor atas 4.5.
Secara tidak langsung, jenama dashcam terbaik di Malaysia adalah dari 70mai. Kiranya, ia betul-betul diiktiraf oleh MIROS yang mana dalam 5 tangga teratas, ada 3 model dari jenama 70mai.
Jadi, untuk anda yang hendak mencari dashcam kenderaan, senarai rasmi dari MIROS ini boleh menjadi rujukan terbaik. Apapun, kedudukan yang mereka lampirkan ini adalah berdasarkan model semasa dan ia mungkin berubah pada masa akan datang kerana model baharu pasti akan tiba.
Juga baca: Pensyarah undang-undang menggesa kerajaan mewajibkan kamera dashcam dalam semua kereta
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}