Galeri: EV Honda E yang dijual di Malaysia, RM 208k, ini 27 gambar yang boleh buat anda cair!

Honda E merupakan antara kereta paling comel yang ada dalam pasaran. EV ini dijual di Malaysia secara import recond dan ia dibawa masuk dari United Kingdom dengan harga serendah RM 208,000. Tanpa melengahkan masa, inilah 27 gambar untuk tatapan anda yang menunjukkan betapa comelnya hatchback berkuasa elektrik ini.

Di Malaysia, kereta ini dijual oleh Weststar dan unit yang anda lihat ini dipasang pada tahun 2022 dengan perbatuan mencecah 14,300 km.

Pada bahagian luar, reka bentuknya cukup retro tapi nampak sangat futuristik. Antara elemen menarik yang dapat dilihat adalah lampu depan dan belakang yang berbentuk bulat, sama seperti kereta-kereta zaman dahulu.

Port mengecasnya pula terletak di tengah-tengah pada bahagian depan.

Menariknya, tombol membuka pintunya dilihat seolah-olah tersebunyi. Malah, cermin sisinya juga diganti dengan kamera, semuanya untuk meningkatkan kadar aerodinamik.

Dari segi dimensi, Honda E boleh dikatakan lebih kurang sama dengan Perodua Myvi:

Honda E vs Perodua Myvi
  Honda E Perodua Myvi
Panjang (mm) 3,894 3,895
Lebar (mm) 1,752 1,735
Tinggi (mm) 1,512 1,515
Jarak roda (mm) 2,530 2,500

Masuk sahaja ke bahagian dalam, anda akan disambut dengan lambakan skrin yang mendominasi seluruh papan pemukanya. Untuk makluman anda, yang terletak paling tepi adalah skrin cermin sisi. Yang di tengah pula adalah skrin infotainment dan multimedia yang berukuran 12.3 inci. Kemudian yang di depan roda stereng adalah kluster instrumen bersaiz 8 inci.

Kalau anda perasan, roda sterengnya juga nampak unik yang mana ia hanya ada bilah pada bahagian tepi. Betul-betul retro kan?

Melengkapi bahagian dalam pada Honda E adalah trim kayu cantik yang turut diterapkan pada bahagian konsol tengah. Selain daripada itu, bahagian kabinnya menggunakan bahan plastik keras dan fabrik.

Unit yang Weststar jual ini juga lengkap dengan bumbung suria panoramik dan cermin belakang jenis peribadi (cermin gelap).

Antara ciri yang ada termasuklah Honda Connect dengan sistem navigasi Garmin dan Apple CarPlay/Android Auto.

Beralih kepada keselamatan, terdapat ciri Lane Departure Warning, Lane Keep Assist, Blind Spot Information, kamera undur, kamera virtual, dan Side Camera Mirror yang kami ceritakan tadi.

Dari segi trenkuasa, Honda E varian Advance ini datang dengan motor belakang yang menghasilkan 154 PS dan 315 Nm.

Secara amnya, pengecasan AC menyokong sehingga 22 kW dan ia mengambil masa 4.1 jam untuk penuh. Jenis DC pula boleh membuat pengecasan sehingga 80% dalam masa 30 minit sahaja.

Dari segi teknikal, Honda E dikuasakan oleh bateri ion-litium berkapasiti 35.5 kWj. Menurut Honda, ia boleh dipandu sejauh 211 km (kitaran WLTP).

Juga bacaVideo: BMW dari Singapura langgar Honda e milik TTJ - siap parkir depan, keluar kereta dan jalan saja!

Jadi, bagi anda yang berminat, Honda E boleh dilihat di pengedar Weststar di Jalan Tun Razak.

Juga baca5 perkara tentang Honda e, apa yang anda dapat untuk RM 210k?

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk memb...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Isuzu D-MAX

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model