window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: BMW dari Singapura langgar Honda e milik TTJ - siap parkir depan, keluar kereta dan jalan saja!

Haris ยท Aug 1, 2022 08:00 PM

Video: BMW dari Singapura langgar Honda e milik TTJ - siap parkir depan, keluar kereta dan jalan saja! 01

Kebiadapan yang dimiliki warga Singapura kali ini mencapai satu tahap lagi apabila sebuah BMW dengan nombor plat negara itu telah dirakam melanggar kenderaan milik YAM Tunku Idris Iskandar (Tengku Temenggung Johor).

Dalam satu hantaran di Instagram tunku_idris, baginda memuat naik rakaman kejadian perlanggaran tersebut yang memperlihatkan sebuah BMW bernombor plat Singapura melanggar Honda e milik baginda yang diletakkan di hadapan sebuah premis.

Video: BMW dari Singapura langgar Honda e milik TTJ - siap parkir depan, keluar kereta dan jalan saja! 02

Tangkap layar kejadian, YAM Tunku Idris

Ketika kejadian, pemandu BMW tersebut dilihat mahu meletakkan kenderaan di petak parkir berdekatan namun telah melanggar Honda e milik YAM Tunku Idris yang diletakkan dalam petak parkir khas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaubagaimanapun, gelagat pemilik BMW tersebut yang kemudiannya pergi sahaja tanpa memeriksa kerosakan atau cuba menghubungi pemilik kenderaan yang dilanggar kelihatan sangat biadap.

Video: BMW dari Singapura langgar Honda e milik TTJ - siap parkir depan, keluar kereta dan jalan saja! 01

Gambar dimuatnaik oleh YAM Tunku Idris

Akibatnya, Honda e milik YAM Tunku Idris yang berharga kira-kira RM 210k telah kemek pada bahagian gerbang roda dan ia menimbulkan masalah yang besar kerana model kenderaan elektrik (EV) Honda e ini tidak dijual secara rasmi.

Ini bukan kali pertama rakyat Singapura melakukan onar di Malaysia. Ketika sempadan dibuka antara Malaysia dan Singapura pada April 2022, pemilik kenderaan dari seberang ada dilihat mengisi minyak bersubsidi, kencing merata-rata malah ada yang bergaduh di sempadan Malaysia.

Baca juga: 

Video: Konvoi Porsche Singapura pandu macam 'pelesit' di Johor jadi buruan polis, bukti no. plat ada!

Video: Wanita Singapura 'mengamuk' cuba rosakkan dan halang Toyota Alphard di kini diburu PDRM!

Video: Tak senonoh, pemandu kereta plat Singapura dirakam kencing di tepi jalan di Johor Bharu!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda