Toyota Corolla Sport hatchback dari RM 150k - model 'rare', 1.2L turbo, alternatif Civic terbaik?

Ianya masih sebuah Corolla, nama model terlaris dari Toyota sejak zaman berzaman justeru sudah tentu ia akan menjadi model mercu dari jenama itu. Sebanyak 50 juta unit Corolla sudah dijual di seluruh dunia, dalam pelbagai bentuk iaitu SUV, hatchback, sedan dan sebagainya namun bukan semua yang kita mahukan boleh kita dapat.

Adakah ini bermakna bahawa bentuk hatchback Corolla tidak diidamkan? Jika itu persoalan anda, pengeder recond seperti First Mile Auto berada di sini untuk memenuhi permintaan tersebut.

Baca: Toyota Corolla Altis kini "Kapten Perlahan" - ganti 1.8L dengan enjin 3-silinder 1.5L Dynamic Force!

Berbeza tetapi masih terasa akrab

Kredit: First Mile

First Mile Auto bukan nama baharu dalam niche Toyota Corolla Sport. Jika anda pernah melihat sebuah Toyota Corolla Sport dengan warna Baby Blue dan rim Work Emotion di mana-mana pameran kereta, model ini adalah milik mereka. 

Kali ini, model yang ingin diketengahkan adalah Toyota Corolla Sport GZ - varian teratas bukan hibrid. Unit ini berharga dari RM 150,000, tidak terlalu mahal berbanding Toyota Corolla Altis atau Toyota Corolla Cross yang dijual rasmi. Menarik kan?

Baca: 

Berbaloi atau tidak? Itu terpulang kepada anda. Umum mengetahui reka bentuk hatchback menawarkan sensasi pemanduan yang lebih sedap. Di tambah dengan model ini jarang ditemui atas jalan, harga tersebut kelihatan berbaloi pada hemat kami tanpa perlu berkompromi dalam aspek ketahanan dan ketersediaan alat ganti Toyota.

Bagaimana dengan ciri kelengkapan? Mari kita senaraikan, spesifikasi Toyota Corolla Sport varian tertinggi ini menawarkan lampu LED penuh di hadapan dan di belakang, rim 18-inci dwi-tona, dan untuk model ini, ia dilengkapi dengan kit badan Modellista sepenuhnya.

Dari kiri: Model asas X (perhatikan rim), GZ dan GX varian pertengahan

Meletakkannya dalam barisan varian dengan Toyota Corolla lain, model ini nampak jauh lebih menarik dan kami difahamkan bahawa ia merupakan satu-satunya model setakat ini (ketika artikel ditulis).

Kabin dalaman konvensional Toyota

Di dalam Toyota Corolla Sport adalah rekaan yang biasa kita lihat. Reka bentuk papan pemuka, susun atur suis dan ciri kelengkapan kesemuanya mengikut buku teks Toyota yang penuh bertimbang rasa. Ianya mudah digunakan, senang difahami dan tidak memerlukan masa yang lama untuk diserasikan.

Walaubagaimanapun, penggunaan skrin sentuh infotainmen 10.5-inci adalah di dalam bahasa Jepun, sesuatu yang sinonim dengan model recond dari negara Matahari Terbit itu. Pembeli boleh meminta pengedar untuk menukar dengan unit kepada Android dengan sedikit bayaran tambahan.

Pembaca tol elektronik Jepun

Radio berfungsi pada frekuensi FM yang terhad (julat frekuensi tidak sebanyak Malaysia) namun masih mempunyai pautan Bluetooth. Sesetengah pemilik mungkin cukup dengan sambungan Bluetooth memandangkan hiburan yang didapati atas talian lebih menghiburkan daripada radio.

Bagi kelengkapan lain, kesemuanya mencukupi dan berada pada tahap yang bagus – tempat duduk semi-bucket dengan upholsteri kulit mewah, gugusan instrumen digital, penyaman udara dwi-zon dan pilihan mod pacuan.

Unit ini menawarkan beberapa perincian dengan stiker gentian karbon palsu dan pemegang telefon - seperti yang anda dapat lihat pada bahagian stereng misalnya. Ianya masih kelihatan kemas dan tidak mengganggu rekaan kabin dalaman Corolla yang sudah akrab dengan pemandu.

Toyota Corolla Sport ini juga memberikan standard pemasangan Jepun. Apa maksudnya? Kualiti binaan yang bagus; tempat duduk yang lembut dan empuk, dan penggunaan plastik terasa kukuh. Ruang di belakang – sekurang-kurangnya dalam rebiu ringkas kami – adalah memadai untuk keluarga kecil, tetapi ruang but agak sempit.

Cukai jalan yang murah tapi masih cukup kuasa

Memelihara Toyota Corolla Sport tidak akan menjadi terlalu mahal, sebahagiannya hasil daripada cukai jalan serendah RM 55. Penggunaan enjin empat silinder pengecas turbonya hanya berkapasiti 1.2 liter (1196 cc), menghasilkan 116 PS / 185 Nm dan kombo transmisi automatik Super CVT-i. Varian transmisi manual wujud; First Mile Auto mempunyai beberapa unit dalam stok mereka dengan lebih banyak lagi akan datang tak lama lagi.

Penggunaan bahan api menurut pengeluar untuk enjin kecil itu ialah serendah 6 liter/100 km (16.4 km/l). Ya, ia boleh diisi dengan RON 95 tanpe sebarang masalah.

Untuk ciri keselamatan standard, Toyota Corolla Sport disertakan dengan 6 beg udara, dan suite ADAS penuh Toyota Safety Sense.

Patutkah saya membeli Toyota Corolla Sport?

Cukup menarik, kan? Perlu diingatkan bahawa perlindungan waranti secara rasmi dan panggilan semula produk (jika ada) tidak dilanjutkan kepada kereta recond seperti ini. Namun jika sudah memang berkemampuan, tidak salah untuk memilikinya apatah lagi dengan status 'rare' dan kebolehpercayaan Toyota.

Selain daripada itu, membeli kereta recond di Malaysia adalah agak mudah – setiap proses secara amnya adalah sama seperti anda membeli kereta terpakai biasa. Tinjau pilihan Toyota Corolla Sport yang disenaraikan melalui pautan ini.

Baca: Toyota GR Corolla rasmi di Thailand - harga RM 500k, terhad 9 unit, saing VW Golf R tu!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:
Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, juster...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Vios

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model