Proton
Rebiu Pemilik: Proton Saga 1.3 Standard AT 2021 - Tak malu pun walau ada BMW & Honda
433
Susulan kemalangan yang menimpa seorang wanita yang memandu Proton Saga BLM di bawah struktur binaan SUKE berhampiran TBS menuju ke Ampang dua hari lepas, Kementerian Kerja Raya mengarahkan tindakan tegas diambil berdasarkan hasil siasatan yang dibuat.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga telah diarah supaya melaksanakan audit menyeluruh pada kadar segera ke atas kerja-kerja melibatkan keselamatan awam.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kejadian parapet yang jatuh menimpa kenderaan awam tersebut dapat dielakkan jika semua pihak terlibat mematuhi sistem dan prosedur kerja yang betul mengikut garis panduan kerja yang diluluskan dan mematuhi spesifikasi dan kontrak.
MRCB Builders, pemaju utama projek SUKE telah memberi Arahan Memberhenti Kerja (Stop Work Order) kepada subkontraktor, Makna Setia Sdn Bhd. Pada malam itu juga, kerja-kerja pengukuhan tembok parapet dijalankan dimana semua besi permulaan dikimpal dengan besi parapet.
KKR memberi amaran bahawa semua pihak yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan perlu mematuhi semua proses, prosedur, spesifikasi dan kontrak kerja yang ditetapkan di tapak bina tanpa sebarang kompromi.
Antara arahan yang diberi kepada pihak terlibat susulan kejadian tersebut termasuklah meneliti semula kaedah rekabentuk binaan tersebut, meneliti semula pemantauan dan kaedah kerja pihak perunding dan kontraktor, serta pihak pemaju dan kontraktor untuk memberi bantuan bagi meringankan beban mangsa dan keluarganya akibat daripada kejadian ini.
Sumber: Berita Harian
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
182