Setelah sebulan BYD Atto 3 dilancarkan, syarikat itu mengumumkan bahawa 500 unit telahpun sedia untuk menuju Malaysia.
Hantaran Facebook BYD Asia Pasific berkata, “500 BYD Atto 3 sedang menuju ke Malaysia untuk diserah milik”.
“Disebabkan tempoh menunggunya tidak sampai sebulan, perkara ini sekali kali menunjukkan bahawa rantaian bekalan dan kapasiti produksi BYD cukup kukuh”.
Bagi anda yang belum tahu, BYD Atto 3 didatangkan secara import (CBU) dengan harga RM 149,800 (Standard) dan RM 167,800 (Extended).
Varian standard menggunakan pek bateri 49.92 kWj. Varian Extended pula mengunakan kapasiti 60.48 kWj. Kedua-duanya menggunakan teknologi bateri ‘Blade’ LFP.
Juga baca: 5 sebab bateri LFP Blade BYD Atto 3 lebih hebat berbanding EV saingan lain
Dari segi jarak pandu, varian Standard boleh pergi 410 km NEDC (345 km WLTP), manakala Extended boleh mencapai 480 km NEDC (420 km WLTP).
Kedua-dua BYD Atto 3 dikuasakan oleh bateri depan yang menghasilkan 203 PS dan 310 Nm tork. Pecutan 0 - 100 km/j pula mengambil masa 7.3 saat.
Akhir bulan lepas, Sime Darby Motors Malaysia iaitu pengedar sah BYD Auto di pasaran kita berkata bahawa tempahan BYD Atto 3 dalam 10 hari pertama sudah mencecah 1,000 unit. Jadi dengan 500 unit yang sedang dalam penghantaran, sasaran penyerahan mereka untuk suku 1 2023 di Malaysia nampaknya boleh dicapai.
Juga baca: BYD Atto 3 - Selepas 10 bulan di pasaran, apa kata para pemilik di China? Bagus, atau hampeh?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}