Mamak Talk
Rebiu Pemilik: Subaru Forester 2018 2.0 NA saya – ada kelasnya yang tersendiri
423
CFMoto merupakan sebuah jenama motosikal daripada China dan baru sahaja menembusi pasaran Malaysia dengan barisan model seperti CFMoto 250NK dan CFMoto 650 GT. Jenama dari Tanah Besar ini mensasarkan motosikal dengan rekaan yang menarik pada harga yang berpatutan.
Beberapa hari lepas, CFMoto baru sahaja melancarkan sebuah motosikal jenis ‘Grand Touring’ CFMoto 1250TR-G di China. Motosikal tersebut sebelum ini hanya digunakan oleh pihak berkuasa di China kini menerima talaan semula untuk pasaran awam.
Kerjasama antara KTM dan CFMoto membenarkan CFMoto 1250TR-G menggunakan enjin KTM LC-8 1,279cc V-twin, enjin paling berkuasa dalam mana-mana model CFMoto. Enjin tersebut mampu menjana sehingga 140 PS kuasa kuda dengan 120 Nm tork, setanding sebuah kereta.
Bukan itu sahaja, rangkaian pembekal KTM seperti Brembo turut membekalkan brek kaliper radial pada CFMoto 1250TR-G ini di samping sistem suspensi jenama WP digunakan untuk motosikal ini. Tidak cukup dengan itu, sistem audio JBL turut membekalkan sistem stereo untuk hiburan dan informasi penunggang.
4 mod pemanduan boleh dipilih dan penunggang akan menerima informasi seperti suspensi tayar, kadar angin tayar dan sistem navigasi pada paparan skrin TFT 12.3 inci. Sambungan bluetooth, penghadang angin boleh laras secara elektronik, pemanas hendal dan tempat duduk adalah antara kelengkapan mewah yang ada pada CFMoto 1250TR-G.
Setakat ini, CFMoto 1250TR-G hanya disasarkan untuk pasaran China dengan penjualan bermula pada suku pertama tahun 2021. Motosikal jenis Grand Touring sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri apatah lagi Malaysia diberkati dengan jalanraya lurus yang memanjang. Sangat sesuai dengan motosikal jenis ini.
Sumber: Facebook CFMoto Malaysia
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
0