Bukan sekali tetapi berkali-kali seorang wanita menunjukkan isyarat lucah kepada sebuah camcar (kenderaan dengan video rakaman papan pemuka) selepas diberi laluan.
Rakaman tersebut tular di laman sosial serta menjadi bualan ramai selepas mendapat liputan akhbar dan berita di televisyen.
Segelintir pengguna media sosial turut memberi komen bahawa wanita tersebut sebenarnya marah kerana kenderaan perakam dilihat masih memecut laju walaupun suku daripada badan kenderaan wanita tersebut sudah berada di laluan tersebut.
Walaubagaimanapun, wanita tersebut juga dilihat melampau apabila dirakam menunjukkan isyarat jari tengah berkali-kali apabila sudah berada di hadapan kereta perakam.
Tanpa berfikir panjang, wanita tersebut juga sanggup membuka tingkap untuk menunjukkan isyarat itu lantas memperlihatkan rupanya yang bertudung.
Perbuatan menunjukkan isyarat lucah tersebut tular kerana wanita tersebut bertudung dan langsung tidak menggambarkan imej sopan seperti mana yang sepatutnya.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}