Tugas anggota penyelamat sememangnya tidak mengenal waktu. Terbaru, satu rakaman video tular apabila ahli bomba dirakam membantu membuka sebuah kenderaan yang terkunci sendiri walaupun ketika berehat di hentian R&R.
Kejadian tersebut dirakam oleh pengguna tiktok, Dosyie yang mendakwa kunci keretanya telah tertinggal di dalam sebuah Proton Saga dipercayai digunakan olehnya tetapi telah terkunci secara automatik.
Pengguna tiktok itu kemudiannya telah menelefon anggota PLUS untuk membantu tetapi kemudiannya ternampak sebuah trak bomba juga sedang berhenti di hentian R&R Sungai Perak yang sama.
Bertindak atas permintaan tersebut, beberapa orang ahli bomba beserta anggota petugas PLUS yang tiba di tempat kejadian segera membantu permintaan kecemasan tersebut dengan menggunakan beberapa alatan untuk membuka kenderaan dari dalam.
Ramai pengguna di media sosial memuji tindakan anggota bomba yang sanggup menghulurkan bantuan kecemasan walaupun dipercayai bukan dalam tugas aktif pada ketika itu.
Anggota Bomba dan Penyelamat memang boleh membantu sekiranya kenderaan terkunci sendiri namun ini hanya disarankan untuk situasi kecemasan seperti anak terkunci di dalam atau dalam kes ini, keadaan lokasi yang agak jauh untuk dicapai.
Baca: "Buat anak pandai, jaga tak pandai", anak tertinggal dalam kereta sampai menyusahkan bomba
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}