window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

"Buat anak pandai, jaga tak pandai", anak tertinggal dalam kereta sampai menyusahkan bomba

Faisal · Jun 17, 2022 11:00 AM

Kredit foto: Melaka Explorer.

Cerita mengenai anak terperangkap dalam kereta bukanlah benda yang baru di Malaysia. Kalau bukan terkunci, mesti kes ibu bapa tertinggal tanpa sedar dan inilah yang berlaku di Melaka dua hari lepas.

Untuk makluman anda, insiden yang berlaku di Pantai Kundur, Tanjung Kling, ini melibatkan seorang kanak-kanak kecil yang didapati tertinggal dalam sebuah Proton Persona. Ketika itu pula hujan sedang membasahi bumi. Kalau ikut logik, lagilah sukar untuk orang luar nampak apa yang ada di dalam.

Tetapi anak kecil itu mungkin dilindung malaikat kerana terdapat insan yang telah melaporkan perkara itu kepada pihak bomba.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan setelah berhempas pulas mencuba untuk membuka tingkap atau pintu, pihak bomba dengan menggunakan alat khas akhirnya berjaya menyelamatkan anak kecil itu daripada maut terperangkap dalam kereta.

Bagi anda yang belum tahu, sesiapa yang duduk dalam kereta tanpa tingkapnya diturunkan boleh mati katak kerana aliran udara ataupun oksigen tidak mencukupi. Kalau pendingin hawa dibuka itu lain cerita.

Juga bacaAnak terperangkap, Fara Hezel pecahkan cermin Mercedes-Benz E-Class suaminya

Apapun, insiden yang berlaku ini menerima pelbagai komen-komen tajam dari para netizen kerana ibu bapa anak kecil itu bersikap cuai.

Juga bacaBayi 8 bulan terperangkap di dalam Proton Persona, kereta terkunci sendiri

Antaranya berbunyi, “Buat anak pandai, nak jaga tak pandai”.

Seorang lagi membidas dengan berkata, “Anak sendiri pun tak reti jaga. Menyusahkan abang bomba sahaja”.

Jadi, sama-samalah kita tanam sikap bertanggungjawab dan peka dengan hal yang melibatkan tanggungjawab kita, terutama dalam bab nyawa.

Sumber: Melaka Explorer

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda