Baru-baru ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan pengecas pantas DC TNB Electron di lebuh raya PLUS, hasil daripada kerjasama antara National Energy Berhad dan PLUS Malaysia Berhad sendiri. Kalau anda nak tahu, TNB Electron di lebuh raya PLUS ada tiga iaitu di R&R arah utara Ayer Keroh, Tapah dan Paka.
Menariknya, Pengarah Urusan Great Wall Motor Malaysia (GWM), Mike Cui juga dijemput. Kalau anda nak tahu, Ora Good Cat dijadikan kereta EV demonstrasi untuk acara tersebut yang mana Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi merasmikan acara itu dengan mengecas kenderaan tersebut.
Untuk makluman anda, Ora Good Cat merupakan EV rakyat paling bergaya di Malaysia dan ia telah menarik ramai pembeli. Varian paling atas pula mempunyai jarak pandu 500 km untuk sekali cas.
Dalam acara itu, Mike Cui sempat mengulas dengan berkata, “Kami berhasrat untuk membawa Ora Good Car sebagai penanda aras dan peneraju industri dalam pasaran tenaga baharu di Malaysia”. Untuk pengetahuan anda, GWM terbuka untuk bekerjasama dengan syarikat seperti TNB bagi mengetengahkan lagi pembangunan pasaran tenaga baharu di Malaysia.
Juga baca: Ora Good Cat dinobatkan sebagai "Kereta yang Paling Dinantikan" pada Carlist Car of the Year 2022!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}