window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Penyerahan kumpulan pertama Ora Good Cat di Malaysia kini bermula, berkonsepkan 'kotak hadiah' besar!

Faisal · Dec 30, 2022 10:06 AM

Penyerahan kumpulan pertama Ora Good Cat di Malaysia kini bermula, berkonsepkan 'kotak hadiah' besar! 01

Great Wall Motor (GWM) Malaysia nampaknya sudah mula menyerahkan kumpulan pertama buat kereta elektrik Ora Good Cat. Bersempena sambutan Hari Natal, kereta yang hendak diserahkan itu dihantar dalam kota hadiah besar yang tidak dinafikan menarik perhatian ramai.

Penyerahan kumpulan pertama Ora Good Cat di Malaysia kini bermula, berkonsepkan 'kotak hadiah' besar! 02

Untuk makluman anda, pemilik kumpulan pertama yang menempah sebelum pelancaran pada 28 November lalu menerima kereta tersebut secara pintu ke pintu. Kalau diikutkan, inilah masa sesuai untuk menerima EV tersebut kerana mereka dapat menikmatinya pada musim cuti akhir tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Penyerahan kumpulan pertama Ora Good Cat di Malaysia kini bermula, berkonsepkan 'kotak hadiah' besar! 01

Penyerahan kumpulan pertama Ora Good Cat di Malaysia kini bermula, berkonsepkan 'kotak hadiah' besar! 02

Secara teknikal, Ora Good Cat di Malaysia ditawarkan melalui varian 400 Pro dan 500 Ultra. Varian 500 Ultra sebenarnya lagi popular dalam kalangan pembeli kerana ia mempunyai jarak pandu sehingga 500 km. Selain itu, ciri pengurut tempat duduk pemandu dan ADAS penuh juga lebih menarik.

Juga bacaKereta elektrik termurah? Ora Good Cat dilancarkan di Malaysia, dari RM 140k, jarak pemanduan 500 km!

Penyerahan kumpulan pertama Ora Good Cat di Malaysia kini bermula, berkonsepkan 'kotak hadiah' besar! 03

Menurut Pengarah Urusan GWM Malaysia, Mike Cui, “Kami berbangga kerana dapat menyerahkan kereta elektrik GWM pertama kepada pelanggan di Malaysia. Kami berharap mereka semua suka akan kejutan penyerahan Ora Good Cat melalui hadiah dalam kotak besar seperti ini”.

Penyerahan kumpulan pertama Ora Good Cat di Malaysia kini bermula, berkonsepkan 'kotak hadiah' besar! 04

“GWM amat bersyukur di atas sokongan dan kepercayaan pelanggan. Perkara ini merupakan peristiwa penting untuk GWM dalam membawa semangat, pengalaman dan tahap kepintaran baharu kepada pelanggan di Malaysia”.

Untuk makluman anda, Puan Low dari Subang Jaya merupakan antara pemilik terawal yang menerima kejutan GWM iaitu di hadapan rumahnya.

Penyerahan kumpulan pertama Ora Good Cat di Malaysia kini bermula, berkonsepkan 'kotak hadiah' besar! 05

Kata beliau, “Saya memang teringin untuk memiliki sebuah kereta elektrik. Jadi sewaktu saya melihat kereta ini di laman GWM, ia terus menarik minat saya”.

“Sebagai seorang yang belum pernah memiliki kereta elektrik sebelum ini, saya tidak sabar untuk menikmati pemanduannya”.

Penyerahan kumpulan pertama Ora Good Cat di Malaysia kini bermula, berkonsepkan 'kotak hadiah' besar! 06

Dengan beransurnya penyerahan kumpulan pertama, GWM juga dalam landasan betul untuk menyerahkan lebih banyak unit kepada pelanggan menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

Penyerahan kumpulan pertama Ora Good Cat di Malaysia kini bermula, berkonsepkan 'kotak hadiah' besar! 07

Ulas Mike, “Kami menyasarkan untuk menyerahkan lebih banyak Ora Good Cat pada minggu akan datang menjelang perayaan Tahun Baru Cina dan berharap bahawa pelanggan dapat mengguna kereta baru mereka untuk melawat keluarga dan rakan sewaktu sambutan perayaan tersebut”.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 ORA Good Cat 400 Pro

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda