window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

11 buah GWM Ora Good Cat berjaya konvoi merentasi 15 bandar di 3 negara, Bangkok - KL - Singapura

Mersita · Aug 14, 2023 05:20 PM

11 buah GWM Ora Good Cat berjaya konvoi merentasi 15 bandar di 3 negara, Bangkok - KL - Singapura 01

Kalau sebuah Ora Good Cat pun berjaya menarik perhatian orang ramai, apatah lagi apabila sekumpulan kereta elektrik (EV) comel ini berkonvoi dari Bangkok (Thailand) menuju ke Kuala Lumpur (Malaysia) dan akhirnya tiba di Singapura.

11 buah GWM Ora Good Cat berjaya konvoi merentasi 15 bandar di 3 negara, Bangkok - KL - Singapura 02

Baru-baru ini, 11 buah Ora Good Cat berjaya melengkapkan pengembaraan Great Wall Motor (GWM) GWM EV Convoy Tour merentasi 15 bandaraya di 3 negara dalam masa 8 hari.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Rebiu: Ora Good Cat – EV ala-Porsche mampu milik? Ini pendapat media Thai

11 buah GWM Ora Good Cat berjaya konvoi merentasi 15 bandar di 3 negara, Bangkok - KL - Singapura 01

Konvoi EV ini berlangsung dari 1 – 8 Ogos 2023 dan melibatkan kembara santai bermula dari Bangkok, kemudian bergerak ke selatan melewati Kuala Lumpur sebelum berakhir di Singapura. Tambahan pula, pengembaraan ini turut menandakan pelancaran rasmi jenama GWM, debut rasmi Ora Good Cat, dan pembukaan rasmi bilik pameran pertama jenama itu di Singapura.

11 buah GWM Ora Good Cat berjaya konvoi merentasi 15 bandar di 3 negara, Bangkok - KL - Singapura 02

Selain itu, konvoi ini juga bertujuan untuk membuktikan kebolehan EV dalam perjalanan berjarak jauh serta menunjukkan kebolehtahanan dan kebolehpercayaan Ora Good Cat. Peserta konvoi terlibat juga berpeluang mengalami sendiri rangkaian infrastruktur pengecasan EV di sepanjang perjalanan merentasi 3 negara ini.

11 buah GWM Ora Good Cat berjaya konvoi merentasi 15 bandar di 3 negara, Bangkok - KL - Singapura 03

Berbekalkan jarak pandu sejauh 500 km, Ora Good Cat dapat dipandu dengan cukup yakin antara satu stesen pengecas ke stesen yang seterusnya.

Juga baca: Kereta elektrik termurah? Ora Good Cat dilancarkan di Malaysia, dari RM 140k, jarak pemanduan 500 km!

11 buah GWM Ora Good Cat berjaya konvoi merentasi 15 bandar di 3 negara, Bangkok - KL - Singapura 04

Peserta konvoi ini memperoleh pengalaman yang cukup mengujakan dan berjaya membuktikan bahawa Ora Good Cat sesuai dipandu bukan saja di dalam bandar, tapi juga untuk perjalanan jauh.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 ORA Good Cat 400 Pro

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia