Seperti makluman yang kami terima, pihak MForce Bike Holdings (MForce) bakal menganjurkan satu acara pada hujung minggu ini namun tidak dinyatakan akan ada model baharu bakal dilancarkan syarikat berkenaan.
Tetapi berdasarkan perkongsian di laman sosial, beberapa pengedar jenama di bawah naungan syarikat itu mula memaparkan hantaran mengenai sebuah model baharu menggunakan lencana WMoto iaitu WMoto Bobbie VII.
Lebih menarik, turut dikongsikan adalah imej lengkap model berkenaan bersama pilihan warna yang ditawarkan serta harga.
Sekalipun belum boleh dinyatakan sebagai harga rasmi, berdasarkan iklan berkenaan, WMoto Bobbie VII dijual pada angka RM 35,888 (asas).
Juga baca: MForce bakal tambah penawaran Moto Morini di Malaysia tahun depan, Seiemmezzo 'dalam perjalanan'?
Turut dinyatakan adalah sesaran enjin yang dipadankan oleh motosikal berkenaan iaitu 700 cc. Dan dua pilihan warna yang ditawarkan pula adalah hitam metalik dan kelabu-coklat (matte).
Berdasarkan perkongsian rakan media tempatan, rekaan WMoto Bobbie VII sememangnya nampak jelas seperti motosikal yang dijual di pasaran Filipina, Bristol Motorcycle iaitu Bristol Bobber 700.
Justeru, tidak mustahil kedua-dua model adalah 'kembar' dengan nama model ditukar mengikut pasaran.
Meneliti spesifikasi Bristol Bobber 700, ia dipadankan dengan enjin bersesaran 693 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihasilkan adalah 73.7 Hp pada 8,500 rpm dan tork 68 Nm pada 6,500 rpm.
Juga baca: MForce bakal bawa masuk penawaran elektrik tahun depan, kerjasama dengan Yadea?
Informasi lain adalah seperti berat 215 kg, ketinggian pelana 760 mm, kapasiti tangki bahan api 15 liter, brek cakera tunggal 320 mm (depan) dan 256 mm (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), panel meter analog/digital dan sistem lampu LED.
Kepada penggemar motosikal kruiser bobber, adakah penawaran terbaharu MForce ini boleh membuatkan anda teruja?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}