Bagi anda yang belum tahu, kereta elektrik Smart #1 merupakan antara 10 model EV yang akan tembus pasaran Malaysia tahun ini. Baru-baru ini pula, ada perkembangan baru dari Proton New Energy Technology (Pro-Net).
Menurut mereka, smart #1 dalam landasan tepat untuk membuat pelancaran di Malaysia pada suku 3 2023, iaitu beberapa bulan lebih awal daripada garis masa suku 4 yang ditawarkan tahun lepas.
Sekarang, syarikat itu sedang giat mempersiapkan apa yang patut serta membina ruang pejabat. Rangkaian jualan dan servis juga termasuk sekali.
Dalam hal ini, ia akan meliputi seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk pusat 3S. Tahun lepas, mereka memberitahu bahawa setiap tahun, mereka menyasarkan jualan SUV EV ini sebanyak 800 – 1,000 unit.
Sebelum itu, Pro-Net juga menandatangi MoU dengan Petronas Gentari. Pada mulanya, ia melibatkan 20 pengecas DC pada tahun 2023 dan Pro-Net akan membekalkan pilihan lokasi dan fasiliti kuasa. Gentari pula akan membekalkan infrastruktur mengecas dan pengendalian operasi.
Perjanjian tersebut adalah untuk 2 tahun dan kita akan melihat Pro-Net dan Gentari bekerjasama dalam aktiviti pemasaran, perniagaan lain, hubungan dengan pengguna dan pembekalan lokal untuk beberapa komponen EV.
Dalam masa yang sama, syarikat itu juga berancang untuk memudahkan jalan penyelesaian pengecas. Antaranya seperti pengecas di rumah dan penambahan bilangan pengecas menjelang tahun 2025.
Selain hendak menyediakan stesen mengecas pertama di Centre of Excellence Proton, outlet pengedar Smart juga akan ada stesen mengecas sendiri.
Dari segi produk, syarikat itu mendedahkan bahawa pembangunan Smart App masih giat berlangsung di mana pengguna dapat menikmati pengalaman digital, termasuk menempah servis dan peta untuk pergi ke lokasi mengecas.
Juga baca: Smart #1 mula dijual, EV yang bakal diedarkan Proton ini bermula dari RM 120k di China!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}