window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Smart #1 mula dijual, EV yang bakal diedarkan Proton ini bermula dari RM 120k di China!

Haris ยท Jun 9, 2022 06:00 PM

Smart #1 mula dijual, EV yang bakal diedarkan Proton ini bermula dari RM 120k di China! 01

Model pertama oleh Smart di bawah usaha sama Mercedes-Benz dan Geely iaitu Smart #1 baru sahaja dilancarkan secara rasmi di China.

Tiga varian ditawarkan di negara Tembok Besar itu - Pure+, Pro+ dan Premium. Harga untuk kenderaan elektrik (EV) Smart #1 (dipanggil Smart Number One) bermula dari RMB 181,600 (~ RM 120k) sehingga sekitar RMB 226,600 (~ RM 150k).

Smart #1 mula dijual, EV yang bakal diedarkan Proton ini bermula dari RM 120k di China! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kuasa untuk Smart #1 datang daripada motor elektrik yang dipasang di roda belakang yang berkeupayaan menghamburkan sehingga 272 PS dan 343 Nm, dengan pek bateri 66 kWj.

Smart berkata bahawa varian Pure+ dan Pro+ menawarkan jarak sehingga 535 km, manakala varian Premium varian teratas menawarkan jarak 560 km.

Baca: Jenama China nampaknya cuba ciplak MINI Original klasik sebagai kereta elektrik (EV) mereka!

Smart #1 mula dijual, EV yang bakal diedarkan Proton ini bermula dari RM 120k di China! 01

Mengapa ada perbezaan jarak gerak walaupun menggunakan bateri yang sama? Untuk itu, Smart mendakwa bahawa ia adalah disebabkan oleh varian Premium menggunakan motor elektrik yang menggunakan teknologi silicon carbide (SiC), yang memberikannya 25 km jarak tambahan.

Smart #1 mula dijual, EV yang bakal diedarkan Proton ini bermula dari RM 120k di China! 02

Tugas pengecasan Smart #1 dilakukan melalui penyambung pengecas jenis CCS Combo 2, yang menyokong pengecasan AC sehingga 22 kW dan pengecasan DC sehingga 150 kW. Ia mengambil masa 7.5 jam untuk mengecas daripada 5 peratus kepada 80 peratus, manakala pengecasan pantas mengambil masa kurang daripada 30 minit dalam keadaan yang sama.

Baca: Smart #1 – bakal jadi EV pertama Proton Edar, dibangun oleh Mercedes-Benz, dibina oleh Geely

Smart #1 mula dijual, EV yang bakal diedarkan Proton ini bermula dari RM 120k di China! 03

Bagi bahagian luarnya, semua varian mendapat lampu hadapan LED automatik dan lampu belakang LED. Perbezaan utama antara varian ialah tayar 19-inci pada varian Premium teratas; manakala varian Pro kedua-duanya menggunakan rim 18-inci sahaja.

Smart #1 mula dijual, EV yang bakal diedarkan Proton ini bermula dari RM 120k di China! 04

Melangkah ke dalam kabin Smart #1 dan anda akan disambut oleh paparan infotainmen skrin sentuh 12.8-inci 1080P yang besar serta gugusan instrumen digital 9.2-inci. Terdapat juga sistem pencahayaan ambien 64 warna untuk varian atas, manakala varian Premium menambah paparan besar 10-inci dan sistem audio Beats dengan 13 pembesar suara.

Smart #1 mula dijual, EV yang bakal diedarkan Proton ini bermula dari RM 120k di China! 05

Seperti mana-mana model yang dibangunkan oleh Geely, ciri keselamatan yang ditawarkan agak menyeluruh. Dalam Smart #1, ia mampu memandu separa autonomi Tahap 2, yang merangkumi ciri-ciri seperti Adaptive Cruise Control (ACC) dengan fubgsi Stop & Go, Active Lane Keeping Assist (LKA), Blind Spot Assist (BSA), Highway and Traffic Jam Assist, Auto Parking Assist, dan akhir sekali Adaptive High Beam Assist.

Bagaimana dengan Malaysia?

Awal tahun ini, Proton telah menandatangani perjanjian dengan Smart yang akan menyaksikan anak syarikat Proton, Proton Edar, dilantik sebagai pengimport, pengedar dan penjual kenderaan berjenama Smart di Malaysia dan Thailand.

Smart #1 mula dijual, EV yang bakal diedarkan Proton ini bermula dari RM 120k di China! 06

Selain itu, Proton juga telah membuka tidak kurang daripada 30 jawatan baharu untuk cawangan baharu New Energy Vehicle (NEV) - istilah pengguna China untuk kenderaan elektrik (xEV, kenderaan tenaga baharu, termasuk hibrid ringan dan hibrid plug-in).

Poster kekosongan jawatan itu memaparkan gambar Smart #1, yang mengesahkan ketibaan SUV elektrik tersebut di Malaysia.

Baca: Proton sedang cari 30 tenaga pekerja berbakat untuk bahagian kereta elektrik Smart & EV

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Smart #1 Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda