window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton pengedar rasmi Smart #1: Pelancaran hujung 2023, sasar 800 - 1k unit setahun, bermula RM 150k?

Haris ยท Aug 19, 2022 04:00 PM

Proton pengedar rasmi Smart #1: Pelancaran hujung 2023, sasar 800 - 1k unit setahun, bermula RM 150k? 01

  • Smart #1 dilancarkan di Malaysia menjelang suku ke-4 2023
  • Rakyat Malaysia boleh melihatnya sejurus Mei 2023

Bukan rahsia lagi bahawa Smart akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi. Awal hari ini, Proton menandatangani perjanjian dengan Smart Automobile Co. Ltd. sahaja yang akan menyaksikan pengenalan anak syarikat baharu Proton New Energy Technology Sdn Bhd yang bertanggungjawab ke atas penjualan dan pengedaran model EV Smart.

Proton pengedar rasmi Smart #1: Pelancaran hujung 2023, sasar 800 - 1k unit setahun, bermula RM 150k? 02

Model dan harga masih belum disahkan, tetapi model pertama yang berkemungkinan besar untuk dilancarkan adalah Smart #1, model hatchback/SUV yang mendapat sambutan hangat di China dan akan mula dijual di Eropah tidak lama lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bergantung kepada siapa yang anda tanya, #1 rupanya disebut sebagai "number one " atau "hashtag one". Jangan buat teruk guna "tanda pagar satu".

Proton pengedar rasmi Smart #1: Pelancaran hujung 2023, sasar 800 - 1k unit setahun, bermula RM 150k? 01

Bagi Malaysia, Proton mengesahkan bahawa model Smart yang pertama akan mendarat di sini pada awal suku ke-4 2023 dan syarikat itu mensasarkan untuk menjual 800 hingga 1,000 unit setahun. Sesi pratonton tempatan mungkin berlaku seawal Mei 2023 di mana minat pelanggan prospek akan diukur.

Proton pengedar rasmi Smart #1: Pelancaran hujung 2023, sasar 800 - 1k unit setahun, bermula RM 150k? 02

Walau bagaimanapun, Malaysia mungkin bukan pasaran pemanduan kanan (RHD) pertama untuk Smart #1 kerana UK adalah negara yang lebih layak akan menuntut gelaran itu.

Tempahan untuk Smart #1 di UK ditetapkan untuk dibuka pada Disember 2022 dan penghantaran akan bermula pada musim panas 2023 (sekitar Mei hingga Jun 2023).

Proton pengedar rasmi Smart #1: Pelancaran hujung 2023, sasar 800 - 1k unit setahun, bermula RM 150k? 03

Bagi pengedar dan servis, Ketua Komunikasi Korporat Proton Salawati Mohd Yusoff memberi huraian dengan berkata, “Pada masa ini, kami sangat terbuka dengan pendekatan kami. Kami tahu bahawa kami mempunyai kumpulan pengedar yang cukup baik, yang boleh menyahut cabaran ini semasa kami memasuki EV.”

Proton pengedar rasmi Smart #1: Pelancaran hujung 2023, sasar 800 - 1k unit setahun, bermula RM 150k? 04

Beliau menambah, “Kami juga sangat terbuka untuk memastikan bahawa penubuhan rangkaian jenama Smart boleh diterima oleh gaya hidup pengguna yang kami kehendaki justeru kami meneroka lebih jauh, bukan sahaja bilik pameran, tetapi kami juga melihat pada penempatan di mana jenama itu sesuai.”

Proton pengedar rasmi Smart #1: Pelancaran hujung 2023, sasar 800 - 1k unit setahun, bermula RM 150k? 05

Sebagai ringkasan, Smart #1 ialah model pertama yang ditawarkan oleh Smart Automobile, kini sebahagian daripada usaha sama Geely dengan Mercedes-Benz. Rekaan diketuai Mercedes-Benz di mana pembangunan akan dilakukan di atas platform SEA Geely. 

Tiga varian ditawarkan di China pada masa ini, dengan jarak maksimum sehingga 560 km. Kuasa datang daripada motor elektrik yang dipasang di belakang yang menghasilkan 272 PS dan 343 Nm.

Baca: Proton sah jadi pengedar model EV Smart - menyusul hujung 2023, siap jaringan pengecas sendiri!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Smart #1 Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda