window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Smart #1 – bakal jadi EV pertama Proton Edar, dibangun oleh Mercedes-Benz, dibina oleh Geely

Faisal · Apr 8, 2022 03:00 PM

Smart #1 – bakal jadi EV pertama Proton Edar, dibangun oleh Mercedes-Benz, dibina oleh Geely 01

  • Model Smart pertama di bawah kerjasama Daimler-Geely
  • Pacuan roda belakang RWD dengan kuasa 272 PS/343 Nm, jarak pandu 440 km
  • Bakal tiba di Malaysia dan bakal diedar oleh Proton Edar

Inilah Smart #1, model elektrik (EV) pertama yang dicipta oleh kerjasama antara Mercedes-Benz dan Geely.

Smart #1 – bakal jadi EV pertama Proton Edar, dibangun oleh Mercedes-Benz, dibina oleh Geely 02

Secara teknikal, Smart #1 menggunakan asas platform SEA dari Geely dan bateri berkapasiti 66 kWj yang dilengkapkan memberikan jarak pandu sekitar 420 – 440 km (kitaran WLTP). Jentera comel ini menggunakan pengecas CCS Combo 2. Ia menyokong pengecasan AC sehingga 22 kW dan pengecasan DC sehingga 150 kW.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Smart #1 – bakal jadi EV pertama Proton Edar, dibangun oleh Mercedes-Benz, dibina oleh Geely 01

Smart #1 sebenarnya berpacuan roda belakang yang mana ia dikuasa oleh motor elektrik belakang yang menghasilkan 272 PS dan 343 Nm tork. Kelajuan tertinggi pula dihadkan pada 180 km/j.

Smart #1 – bakal jadi EV pertama Proton Edar, dibangun oleh Mercedes-Benz, dibina oleh Geely 02

Dari segi saiz, Smart #1 berukuran 4,270 mm panjang, 1,822 mm lebar dan 1,636 mm tinggi. Jarak rodanya pula adalah 2,750 mm.

Sebagai konteks, ukuran panjangnya berada di antara Toyota Yaris dan Honda City Hatchback tetapi jarak rodanya sendiri lebih panjang daripada Honda Civic atau Toyota Corolla Altis. Secara tidak langsung, inilah kereta Smart paling besar yang pernah dihasilkan.

Smart #1 – bakal jadi EV pertama Proton Edar, dibangun oleh Mercedes-Benz, dibina oleh Geely 03

Smart #1 – bakal jadi EV pertama Proton Edar, dibangun oleh Mercedes-Benz, dibina oleh Geely 04

Pada bahagian ekterior, rupa paras Smart #1 menerapkan pintu tanpa bingkai, pemegang pintu ghaib jenis elektrik, bumbung ala terapung, lampu LED matriks dan roda 19 inci berprofil 235/45.

Smart #1 – bakal jadi EV pertama Proton Edar, dibangun oleh Mercedes-Benz, dibina oleh Geely 05

Untuk bahagian dalam, kabin Smart #1 ditonjolkan oleh infotainment HD Penuh bersaiz 12.8 inci yang berdiri tegak di konsol tengah ala terapung. Interior ini turut menerapkan ciri moden seperti kluster digital 9.2 inci, Head-up Display 10 inci, lampu suasana 64 warna dan sistem audio Beats dengan 13 pembesar suara.

Smart #1 – bakal jadi EV pertama Proton Edar, dibangun oleh Mercedes-Benz, dibina oleh Geely 06

Dari aspek keselamatan, Smart #1 diiktiraf dengan sistem bantuan keselamatan autonomi Tahap 2 yang merangkumi ciri ADAS seperti:

  • Adaptive Cruise Control dengan Stop & Go Function
  • Active Lane Keeping System
  • Blind Spot Assist
  • Highway dan Traffic Jam Assist
  • Auto Parking Assist
  • Adaptive High Beam Assist

Smart #1 – bakal jadi EV pertama Proton Edar, dibangun oleh Mercedes-Benz, dibina oleh Geely 07

Di Eropah dan China, Smart #1 dijangka mulakan jualan dalam tahun ini juga. Pengumuman harga rasminya pula dijangka sewaktu pelancaran nanti.

Juga bacaSpyshot: Prototaip Smart #1 - kereta elektrik yang bakal dibawa Proton Edar ke Malaysia tertiris!

Smart #1 – bakal jadi EV pertama Proton Edar, dibangun oleh Mercedes-Benz, dibina oleh Geely 08

Bakal tiba di Malaysia?

Awal tahun ini, Proton telah menandatangani perjanjian dengan Smart (dimiliki oleh gabungan kerjasama Mercedes-Benz-Geely) yang mana Proton Edar dilantik sebagai pengimport dan pengedar untuk Smart di Malaysia dan juga Thailand.

Juga bacaMasih ingat Smart Fortwo? Proton Edar bakal hidupkan jenama Smart di Malaysia dan Thailand!

Walaupun Proton Edar tidak memberitahu model apa yang bakal masuk Malaysia kelak, Smart #1 yang baru sahaja dirasmikan ini nampaknya calon yang cukup jelas dan meyakinkan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Smart #1 Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia