PHS Automotive Malaysia (PHSAM) telah mengumumkan bahawa Audi Assurance Package (AAP) kini adalah standard untuk model Audi A3 Sedan S Line dan Audi Q2 S Line yang dibeli dari pengedar-pengedar Audi yang sah di Malaysia.
AAP menawarkan pembeli pilihan pakej penyelenggaraan 3 tahun, yang merangkumi servis yang dilakukan semasa selang penyelenggaraan mengikut panduan pengilang. Selain itu, jaminan pengilang telah dilanjutlan dari 2 tahun kepada 5 tahun.
Pakej yang dipertingkat ini mencerminkan komitmen Audi untuk menyediakan pengalaman pemilikan yang lebih baik dan menambah mutu perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggannya.
Sebagai sebahagian daripada AAP, Audi A3 Sedan (RM 325,990) dan AudiQ2 crossover (RM 275,990) akan menerima manfaat daripada pakej yang merangkumi penyelenggaraan berkala, pemeriksaan oleh juruteknik yang terlatih, dan baik pulih dengan menggunakan alat ganti asli.
Sebagai rujukan, Audi A3 Sedan dikuasakan oleh enjin 2.0 liter TFSI yang menghasilkan 190 PS dengan 320 Nm tork. Mudah dikenali di jalan raya dengan reka bentuk gril sarang lebah tunggal yang besar dikelilingi oleh lampu hadapan yang menarik, ruang dalaman juga sama mengagumkan dengan kemewahan dan teknologi canggih yang bersepadu, termasuk kokpit maya Audi, paparan sentuh MMI navigation plus 10.1 inci, dan perkhidmatan Audi connect plus.
Di sisi lain, Audi Q2 1.4 liter TFSI adalah crossover subkompak mewah yang terkenal dengan reka bentuk bergaya dan ciri teknologi terkini. Q2 menawarkan dinamik pemanduan yang mengagumkan, hasil daripada nisbah stereng yang boleh berubah dan bantuan stereng bergantung kepada kelajuan, melengkapi 150 PS kuasa kuda dan 250 Nm tork yang dihasilkan.
Baca: Audi Malaysia umum kempen selepas jualan #AudiOnTheMove, turut meliputi model import parallel!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}