BMW
Owner Review: I inherited this BMW E30 325i from my Brother-in-law
190
Semalam, 24 buah Motosikal BMW R1250 GS telah pun diterima di Depoh Simpanan Kenderaan, Jabatan Logistik dan Teknologi PDRM bagi tujuan penambahbaikan penugasan Unit Tindak Khas (UTK). Penerimaan dan pemeriksaan motosikal tersebut telah pun dilakukan bersama-sama dengan unit Toyota Hilux untuk unit K9, Jabatan Siasatan Jenayah.
Task force yang telah dilaksanakan di Depoh Simpanan Kenderaan (DSK) pada hari ini turut di sertai oleh YDH CP Datuk Seri Haji Mazlan Bin Lazim, Pengarah Jabatan Logiastik dan Teknologi (JLog) IPP PDRM Bukit Aman diiringi YDH SAC Adnan Bin Ahmad - KPP Cawangan Pengangkutan, Jabatan Logistik Dan Teknologi (JLog).
BMW R 1250 GS menggunakan enjin 2-silinder bersesaran 1,254cc boxer yang berkuasa 137.8 PS dan 143 Nm tork dengan kelajuan maksimum sekitar 200 km/j. Ia juga mempunyai kelebihan off-road, menjadikan motosikal ini sesuai untuk kegunaan pelbagai.
Nampaknya, jenama BMW akan menyertai barisan jenama yang digunakan oleh pihak PDRM. Honda dan Kawasaki adalah 2 jenama yang sinonim dengan PDRM, manakala Honda CBX750P adalah motosikal paling ikonik yang pernah menyertai PDRM.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
13