Jangan terpedaya dengan tawaran membantu urusan di JPJ, 312 'ulat' ditahan sejak 2022
Faisal · May 9, 2024 10:19 AM
0
0
Sejak Operasi Khas Ulat dijalankan dari 2022 hingga April lalu, sebanyak 312 'ulat' atau pihak yang memujuk atau mendesak pengguna dengan menawarkan perkhidmatan yang berkait dengan urusan pengangkutan tanpa kebenaran telah ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menurut JPJ, tangkapan itu dibuat mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan jika disabitkan bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
"JPJ memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang tanpa kuasa sah yang menjalankan aktiviti memujuk atau mendesak bagi maksud menawarkan perkhidmatan secara tidak sah".
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.