SAIC Motor Malaysia sebentar tadi telah melancarkan kereta elektrik MG ZS EV. Varian facelift ini diimport (CBU) dari China dan ia ditawarkan dengan satu varian pada harga RM 125,999.
Secara amnya, eksterior MG ZS EV facelift tampil dengan beberapa kemasan termasuk peralihan port mengecaj ke bahagian kanan logo depan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Dari segi pencahayaan, DRL dan penggunaan lampunya adalah jenis LED dan rupa paras MG ZS EV facelift lengkap dengan rim 17-inci yang penutup roda berbentuk ala turbin.
Dari segi teknikal, varian Standard Range yang hadir di pasaran kita datang dengan bateri 51 kWh yang memberi jarak pandu WLTP sehingga 320 km. Motor hadapan yang dilengkapkan pula menghasilkan 176 PS/280 Nm.
Untuk mengecaj, kereta elektrik ini menyokong AC 1-fasa hingga 7 kW, manakala jenis DC sehingga 50 kW.
Masuk ke bahagian dalam, kabin MG ZS EV didominasikan oleh kluster digital 7-inci dan infotainment 10.25-inci yang menyokong Apple CarPlay and Android Auto. Antara ciri yang hadir termasuklah penyaman udara automatik dengan corong belakang, kamera 360-darjah, kemasan kulit, pelaras berkuasa 6-hala untuk tempat duduk pemandu, bumbung panoramik dan pengecas nirwayar.
Beralih ke aspek keselamatan, ADAS MG Pilot yang dilengkapkan mendatangkan ciri:
- Front Collision Warning (FCW)
- Automatic Emergency Braking (AEB) dengan pengesan basikal dan pelintas jalan
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Traffic Jam Assistance (TJA)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Lane Keeping Assistance (LKA)
- Blind Spot Detection (BSD)
- Lane Change Assist (LCA)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
- Intelligent High Beam Assist
Untuk pembeli yang berminat, pilihan warna yang ditawarkan untuk MG ZS EV ialah Monument Silver, Artic White, Dynamic Red dan Black Pearl.
Secara amnya, MG ZS EV disokong oleh pakej waranti kenderaan 7 tahun/150,000 km dan waranti bateri 8 tahun/180,000 km.
Dalam tempoh ini, kesihatan bateri yang menurun bawah 70% boleh mendapat penukaran 1-ke-1.
Untuk kenderaan yang didaftar sebelum 30 April 2024 akan diberi:
- Percuma Wallbox Charger 7 kW termasuk pemasangan bernilai RM 4,600 - MG ZS EV dan MG4 Standard
- Percuma Wallbox Charger 11 kW termasuk pemasangan bernilai RM 5,200 - MG4 Lux
- Percuma 1,000 Charging Credit untuk DC Handal dan JomCharge - MG4 Lux Extended dan XPower
Juga baca: MG, jenama yang menjual 15x lebih daripada BYD di Eropah, akan menggegarkan segmen kenderaan elektrik bateri (BEV) di Malaysia
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });