window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MG4 EV 2024 dipertonton di Malaysia - 4 varian, harga daripada RM 104k hingga RM 159k, tempahan dibuka 29hb Februari

Faisal · Feb 28, 2024 12:00 PM

MG4 EV 2024 dipertonton di Malaysia - 4 varian, harga daripada RM 104k hingga RM 159k, tempahan dibuka 29hb Februari 01

Selain MG ZS EV, SAIC Motor Malaysia sebentar tadi juga turutu memperlihatkan MG4 di mana ia bakal ditawarkan dengan varian Standard, Lux dan Extended Lux. Ia diimport sepenuhnya daripada China (CBU) dan tempahan model ini akan mula dibuka bermula 29 Februari 2024.

Anggaran harga adalah seperti berikut:

  • MG4 Standard - RM 104,000
  • MG4 Lux - RM 129,000
  • MG4 Lux Extended Range - RM 149,000
  • MG4 XPOWER - RM 159,000

MG4 EV 2024 dipertonton di Malaysia - 4 varian, harga daripada RM 104k hingga RM 159k, tempahan dibuka 29hb Februari 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MG4 EV 2024 dipertonton di Malaysia - 4 varian, harga daripada RM 104k hingga RM 159k, tempahan dibuka 29hb Februari 01

Pada bahagian eksterior, hatchback EV segmen C ini bakal hadir dengan bumbung dwi-tona, Active Grille System (AGS), lampu LED, nyalaan bar pada belah belakang dan rim 18-inci untuk varian Lux ke atas. Varian Standard pula menggunakan saiz 17-inci.

MG4 EV 2024 dipertonton di Malaysia - 4 varian, harga daripada RM 104k hingga RM 159k, tempahan dibuka 29hb Februari 02

MG4 EV 2024 dipertonton di Malaysia - 4 varian, harga daripada RM 104k hingga RM 159k, tempahan dibuka 29hb Februari 03

Masuk ke bahagian dalam, MG4 EV didominasikan oleh kluster digital 7 inci dan infotainment 10.25 inci dengan sokongan Apple CarPlay/Android Auto. Antara ciri yang ada termasuklah tombol pemilih gear elektronik, pengecas tanpa wayar dan cermin belakang anti-silau, bergantung pada varian. Varian Lux ke atas pula datang dengan interior warna dwi-tona yang menampilkan kemasan warna oren.

MG4 EV 2024 dipertonton di Malaysia - 4 varian, harga daripada RM 104k hingga RM 159k, tempahan dibuka 29hb Februari 04

Dari segi teknikal, MG4 EV dikuasai oleh motor belakang (RWD) melalui 3 pilihan output iaitu:

  • 125 PS/250 Nm (bateri 51 kW, jarak pandu WLTP 350 km)
  • 150 PS/250 Nm (bateri 64 kWj, jarak pandu WLTP 435 km)
  • 180 PS/350 Nm (bateri 77 kWj, jarak pandu WLTP 520 km).

Pecutan 0-100 km/j masing-masing mengambil masa 7.5 saat, 7.7 saat dan 6.1 saat.

 

MG4 EV 2024 dipertonton di Malaysia - 4 varian, harga daripada RM 104k hingga RM 159k, tempahan dibuka 29hb Februari 05

Varian XPower tertinggi, dengan warna Racing Green Matte yang unik

Menariknya, model MG4 XPower juga akan turut ditawarkan di Malaysia. Ia dikuasai oleh dua motor (AWD) yang menghasilkan output 435 PS/600 Nm yang boleh membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.7 saat sahaja.

Baterinya datang dengan kapasiti 64 kWj dan jarak pandu WLTP boleh pergi sehingga 385 km. Istimewa untuk varian ini adalah ciri mod Launch Control, hiasan bahan alcantara untuk bahagian kabin dan pilihan warna Racing Green Matte.

MG4 EV 2024 dipertonton di Malaysia - 4 varian, harga daripada RM 104k hingga RM 159k, tempahan dibuka 29hb Februari 06

Sebagai sebuah EV, MG4 menyokong pengecasan AC 7 kW. Untuk kaedah ini, satu pengecasan penuh mengambil masa 8 jam. Jenis pantas DC pula menyokong sehingga 150 kW dan mengecaj dari 10-80% hanya mengambil masa 26 minit.

MG4 EV 2024 dipertonton di Malaysia - 4 varian, harga daripada RM 104k hingga RM 159k, tempahan dibuka 29hb Februari 07

Soal keselamatan pula, MG4 EV lengkap dengan sistem bacaan tekanan angin tayar dan ADAS MG Pilot yang merangkumi ciri seperti:

  • High Beam Assist
  • Kamera 360-darjah
  • Lane Departure Warning System
  • Lane Keep Assist
  • Rear Cross Traffic Alert
  • Blind Spot Monitoring
  • Active Emergency Braking & Warning
  • Adaptive Cruise Control
  • Traffic Jam Assist
  • Door Open Warning Alert

MG4 EV 2024 dipertonton di Malaysia - 4 varian, harga daripada RM 104k hingga RM 159k, tempahan dibuka 29hb Februari 08

Untuk pasaran kita, MG4 EV bakal hadir dengan pilihan warna Holborn Blue, Camden Grey, Monument Silver, Black Pearl, Artic White, Dynamic Red dan Volcano Orange.

Setiap EV MG juga menyokong aplikasi pemantau kenderaan MG i-Smart dengan sistem arahan suara Hello MG.

MG4 EV 2024 dipertonton di Malaysia - 4 varian, harga daripada RM 104k hingga RM 159k, tempahan dibuka 29hb Februari 09

MG4 didatangkan dengan pakej waranti komprehensif 7 tahun atau 150,000km (mana-mana datang dahulu) pada kenderaan dan 8 tahun atau 180,000km (mana yang terdahulu) untuk bateri.

Juga bacaJenama kereta MG kembali di Malaysia melalui SAIC Motor - MG4 dan ZS EV didedah di laman rasmi

@wapcar_zamil Semua unit adalah CBU China, dengan anggaran harga: MG4: Standard dari RM104k Lux dari RM129k Lux Extended Range: dari RM149k XPOWER dari RM159k MG ZS: dari RM129k #carmalaysia #fypmalaysia #carsoftiktok #cartok #malaysia #ev #elektrik #mgzs #mg4 #mgmalaysia #keretabaru #modelbaru #wapcar ♬ Beast Mode - ROKKA

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 MG MULAN Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia